Wanita tanpa mahram dibenar tunai haji tahun ini

Gambar Hiasan
Dapatkan berita viral setiap hari:

Riyadh: Arab Saudi membenarkan wanita mendaftar haji untuk musim ini tanpa mahram bersama jemaah wanita lain.

Saudi Gazette dinyatakan menerusi pendaftaran haji 2021 yang dibuka kepada warganegara dan penduduk Arab Saudi itu boleh dibuat menerusi http://localhaj.haj.gov.sa bermula semalam hingga 23 Jun.

Jemaah yang ingin menunaikan haji harus mendaftar secara individu.

Dalam pada itu, Kementerian Haji dan Umrah negara itu mengumumkan tiga pakej haji untuk 2021.

Pakej pertama berharga 12,113 Riyal (RM13,268); pakej kedua berharga 14,381 Riyal (RM15752) dan pakej ketiga berharga 16,560 Riyal (RM18,139).

Kementerian juga menetapkan syarat pendaftaran terbuka kepada individu yang tidak menunaikan haji dalam tempoh lima tahun lalu.

Mulai 25 Jun, fasa kedua pendaftaran akan dimulakan termasuk menyusun dan menyelesaikan pendaftaran.

Menurut kementerian, pembayaran mesti dibuat dalam masa tiga jam selepas memilih pakej bagi mengelakkan pembatalan.

Selain itu, kelulusan akan dibuat berdasarkan standard kesihatan dan peraturan dengan keutamaan kepada yang tidak pernah menunaikan haji.

Sabtu lalu, Arab Saudi mengumumkan haji tahun ini hanya kepada warganegara dan penduduk negara itu kerana pandemik Covid-19.

BACA NI>  Ganti MyKad Secara Online

Seramai 60,000 jemaah akan dibenarkan menunaikan haji musim ini, yang akan bermula pertengahan Julai.

Jemaah haji perlu mendapatkan vaksin sepenuhnya, atau mereka yang mengambil satu dos vaksin Covid-19 sekurang-kurangnya 14 hari sebelumnya, atau mereka yang diberi vaksin selepas pulih daripada jangkitan koronavirus.

Artikel Asal – https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/06/717608/wanita-tanpa-mahram-dibenar-tunai-haji-tahun-ini?fbclid=IwAR2XXmSH8V50beLZorPR34mkKnD0IynG1boZnOwQO98kzFxNPxSAK74QnKU

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here