Perubahan Jadual Vaksin Bagi KL dan Selangor Jun 7-24

Gambar Hiasan
Dapatkan berita viral setiap hari:

PUTRAJAYA: Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) membuat beberapa perubahan untuk tarikh dan masa janji temu bagi penduduk di Lembah Klang sepanjang Jun ini.

CITF dalam kenyataan berkata, ia mengambil kira pembukaan empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega pada Isnin ini dan situasi pandemik Covid-19 yang masih membimbangkan.

Empat PPV Mega yang dibuka Isnin ini ialah Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC); Axiata Arena Bukit Jalil; Setia City Convention Centre (SCCC) dan UiTM Puncak Alam yang mempunyai kapasiti sebanyak 23,000 apabila beroperasi sepenuhnya kelak.

Katanya, perubahan itu dibuat untuk mengelakkan kesesakan di PPV Mega, terutamanya dalam memastikan amalan penjarakan fizikal dipatuhi.

“Selain itu, ia bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung, terutamanya warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang divaksinasi di bawah Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya hari ini.

Bagi janji temu asal di Dewan Komuniti Manjalara dan Stadium Titiwangsa bagi tarikh 7 – 24 Jun, lokasi PPV baharu ialah di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) (tarikh tetap sama, hanya perubahan waktu).

BACA NI>  Singapura jual kit ujian COVID-19 kendiri di farmasi

Bagi janji temu asal Kompleks Sukan Desa Tasik dan Kompleks Komuniti Muhibbah bagi tarikh 7 – 24 Jun, lokasi baharu PPV ialah Axiata Arena Bukit Jalil (Tarikh tetap sama, hanya perubahan waktu).

Bagi janji temu asal di Kompleks Sukan Desa Tasik dan Kompleks Komuniti Muhibbah bagi mereka yang telah menerima dos pertama 17 Mei dan dijadualkan untuk menerima dos kedua pada 8 Jun di PPV Axiata, lokasi baharu ialah di PPV Axiata Arena Bukit Jalil dan tarikh baharu ialah pada 7 Jun untuk dos kedua.

Bagi janji temu asal di Dewan Komuniti Manjalara dan Stadium Titiwangsa, mereka yang telah menerima dos pertama 17 Mei dan dijadualkan untuk menerima dos kedua pada 8 Jun di PPV MITEC, lokasi baharu ialah di MITEC dan tarikh baharu ialah pada 7 Jun untuk dos kedua. -UTUSAN ONLINE

Artikel Asal – https://www.utusan.com.my/berita/2021/06/elak-kesesakan-ppv-mega-janji-temu-penduduk-lembah-klang-diubah/

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here