Pernah uruskan 8 jenazah pesakit Covid-19 sehari

Pasukan Pengurusan Jenazah COVID-19 (Tajhiz) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dengan peralatan perlindungan diri (PPE) ketika proses pengebumian jenazah pesakit CIVID-19 di Makam Tuan Haji Said - Foto NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin
Dapatkan berita viral setiap hari:

SEREMBAN: Pernah menguruskan sehingga lapan jenazah orang Islam yang dijangkiti COVID-19 sehari.

Itu tugas yang terpaksa dihadapi skuad Pengurusan Jenazah COVID-19 (Tajhiz), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sejak pendemik melanda negara awal tahun lalu.

Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli, berkata, sehingga semalam, pihaknya sudah menguruskan sebanyak 139 jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 di Negeri Sembilan.

Katanya, tugas itu semakin mencabar selepas berlaku peningkatan bilangan jenazah pesakit COVID-19.

“Berlaku peningkatan kes kematian akibat COVID-19 sejak kebelakangan ini terutama selepas Aidilfitri membuatkan JHEAINS terpaksa menguruskan semua jenazah orang Islam berkenaan.

“Malah, kami pernah menguruskan lapan pengebumian jenazah pesakit COVID-19 dalam satu hari,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, skuad Tajhiz JHEAINS yang ditugaskan menguruskan tugas berkenaan dilengkapi dengan pakaian perlindungan peribadi (PPE).

Katanya, mereka akan menguruskan jenazah berkenaan bermula di bahagian forensik hospital sehingga proses mengkafan, solat serta memasukkan jenazah ke dalam keranda dan kenderaan.

“Ketika proses pengebumian dilakukan, anggota Tajhiz JHEAINS yang lain pula akan ditugaskan memastikan liang kubur sudah disediakan dan sesuai dengan saiz jenazah serta menurunkan jenazah dan mengambus kubur,” katanya.

BACA NI>  6 Kawasan di Sabah dan Kampung Sungai Penchala dikenakan PKPD

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun akui kebelakangan ini terdapat peningkatan bilangan jenazah COVID-19 yang diuruskan oleh skuad berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya pernah turut serta memberikan sokongan moral kepada pasukan petugas berkenaan.

“Saya dapat lihat sendiri bagaimana sukarnya kerja-kerja yang harus dilakukan oleh skuad petugas ini tanpa mengira sama ada dalam suasana hujan, mahupun panas terik.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua petugas Tajhiz JHEAINS serta petugas barisan hadapan yang berusaha menjalankan tugas sepanjang peperangan terhadap pandemik COVID-19 ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, seorang petugas Tajhiz JHEAINS, Wan Mohd Husni Abdullah, 40, berkata, dua pasukan akan bersedia untuk menguruskan jenazah COVID-19 Islam di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya perlu sentiasa bersedia untuk melakukan tugas berkenaan tanpa mengira waktu.

“Walaupun kadangkalanya perlu menguruskan jenazah secara berturut-turut dalam sehari, setakat ini, Alhamdulillah keadaan kami masih lagi baik.

“Ini adalah tugas fardu kifayah yang perlu dilakukan,” katanya.

BACA NI>  Adakah papan pemotong anda masih bersih untuk digunakan?

Laporan Asal Oleh – Mohd Amin Jalil – Jun 8, 2021 @ 4:37pm
bhnews@bnh.com.my
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/825517/pernah-urus-lapan-jenazah-sehari?fbclid=IwAR0VOTYFVFXb5rYfmpqEsYh29N9Mpz81FxFT2IiqD2EEkkPKA-QA0WQPQmU

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here