6 Kawasan di Sabah dan Kampung Sungai Penchala dikenakan PKPD

Gambar Hiasan - NSTP/FATHIL ASRI
Dapatkan berita viral setiap hari:

PETALING JAYA – Sebanyak enam lagi lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis ini hingga 23 Jun depan berikutan penularan mendadak jangkitan Covid-19 di kawasan tersebut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan tersebut ialah Kampung Kebayau, Kota Belud; Kampung Batu Layar, Kudat; Taman Wawasan, Beaufort; Kampung Likas, Kota Kinabalu selain dua lagi lokaliti di Kampung Sungai Obar, Batu 7 dan Fasa 9B, Taman Indah Jaya yang terletak di Mukim Sentosa, Sabah.

“Selain itu, PKPD di Ladang FGV Kalabakan Selatan, Kalabakan, Sabah yang dijadualkan tamat hari ini dilanjutkan sehingga 22 Jun kerana masih terdapat kes-kes baharu dilaporkan dalam kalangan penduduk di lokaliti tersebut.

“Selain itu, PKPD di Ladang FGV Kalabakan Selatan, Kalabakan, Sabah yang dijadualkan tamat hari ini dilanjutkan sehingga 22 Jun kerana masih terdapat kes-kes baharu dilaporkan dalam kalangan penduduk di lokaliti tersebut.

“Sepanjang tempoh ini Kementerian Kesihatan (KKM) telah melakukan 490 ujian saringan dan 56 daripadanya disahkan positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan akhbar di di sini hari ini.

BACA NI>  Updated Quarantine period for Travellers arriving into Malaysia

Tambahnya, turut dikenakan PKPD ialah Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur dengan setakat hari ini sebanyak 65 kes positif dilaporkan dan berlaku peningkatan ketara dalam tempoh dua minggu di lokaliti tersebut.

Dalam pada itu, PKPD di Felda Redong 1, Mukim Labis, Segamat, Johor, yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan sehingga 23 Jun ini dengan rekod 209 kes positif daripada 2,661 ujian saringan yang dijalankan.

Ismail turut mengumumkan penamatan PKPD melibatkan tiga lokaliti di Tanjung Manis, Mukah Sarawak iaitu Rumah Panjang Isa anak Blone, Rumah Panjang Ben anak Kuleng, Sekolah Kebangsaan Telok Gelam bermula esok selain dua lagi lokaliti di Tawau, Sabah pada Khamis ini iaitu Kampung Sungai Pukul, Pulau Sebatik dan Taman Desa Ranggu.

“Sementara itu, PKPD di Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang yang sepatutnya berakhir pada 18 Jun ini ditamatkan lebih awal esok.

“Sehingga kini, KKM telah melakukan 1,462 saringan dan 278 daripadanya positif Covid-19 dengan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan,” katanya. – K! ONLINE

BACA NI>  Jangan Bawa Barang Orang Lain Di Lapangan Terbang

Laporan asal – Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF
8 Jun 2021, 6:48 pm
https://www.kosmo.com.my/2021/06/08/enam-lagi-lokaliti-di-sabah-kena-pkpd/

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here