WhatsApp, Facebook & Instagram Bermasalah

Dapatkan berita viral setiap hari:

Sejak semalam, sebahagian pengguna di seluruh dunia menghadapi masalah untuk mengakses mel elektronik Gmail. Awal pagi ini pula tiga platform gergasi dunia Facebook, Instagram dan Whatsapp pula mengalami permasaalahan yang sama.

Pengguna masih boleh menggunakan tiga aplikasi tersebut, namun mereka tidak dapat menggunakan semua fungsi yang disediakan.

Sebagai contoh, sebahagian pengguna WhatsApp tidak dapat menghantar gambar kepada pengguna lain.

Selain itu, pengguna-pengguna Instagram tidak dapat mengemaskini suapan Instagram mereka dan kapsyen pada kiriman mereka hilang.

Bagi pengguna Facebook pula, sebahagian mereka mengadu tidak boleh membuat kiriman status atau komen di dalam “Groups” dan “Pages”.

Masalah ini dikatakan melibatkan pengguna-pengguna di rantau Amerika Selatan seperti Brazil, Argentina dan Paraguay serta beberapa negara Asia dan Asia Pasifik termasuklah Malaysia.

BACA NI>  4 Jenis Facebook Like

Para pembangun platform yang terlibat kini sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here