Tips Servis Dapur Gas Dan Cara Jimatkan Gas

Dapatkan berita viral setiap hari:

Semasa dapur gas masih baru, nyalaan apinya biru dan cantik. Waktu memasakpun cepat. Namun bila dah lama penggunaan dapur gas, api semakin merah kekuningan. Tungku dapurpun berkarat dan bahagian bawah periuk dan kuali jadi hitam berjelaga.

Ini menandakan tungku dapur anda perlu diservis. Bila diteliti, mesti ada serpihan karat yang menutupi lubang-lubang yang ada pada tungku dapur gas.

Cara untuk servis dapur gas ini tidaklah susah. Boleh dibuat di rumah sendiri. Peralatan yang diperlukan adalah playar, paku saiz 1/2 inci, spray WD-40, steel wool dan pisau.

Cara Servis Dapur Gas

  • Tutup gas dan cabut kepala gas.
  • Buka tungku dari dapur.
  • Spray WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 hingga 10 minit.
  • Sental dengan steel wool. Bahagian yang degil boleh dikikis dengan pisau.
  • Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk menggunakan playar.
  • Ulang pada setiap lubang.
  • Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku yang bersambung dengan pemetik dagus gas.
  • Sembur sekali lagi WD-40 dan lap kering, kemudian pasang seperti asal.
BACA NI>  Tips Sekat Panggilan Scammer

Api dapur gas anda pasti kembali biru dan cantik.

Alat Penjimatan Gas

Ada cara yang mudah untuk membantu menjimatkan penggunaan gas. Korang boleh beli alat ini di kedai DIY.

Jaringan alat ini akan terbakar dan memerangkap haba. Jadi, akan sentiasa panas walaupun api dah dikecilkan, membuatkan hanya sedikit gas diperlukan setiap kali memasak. Murah sahaja tak sampai RM10. Pasang dan letak sahaja alat ini di atas tungku.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here