Tips Sekat Panggilan Scammer

Dapatkan berita viral setiap hari:

Antara aplikasi yang boleh anda cuba untuk menyaring dan menyekat panggilan scammer, penipu dan lain-lain panggilan ialah Truecaller.

Truecaller adalah aplikasi membuat panggilan telefon yang dilancarkan pada tahun 2009. Fokus aplikasi ini adalah untuk mencari, mengesan dan menyekat panggilan telefon dari penipu secara automatik.

Sekatan Panggilan

Jika di dalam pangkalan data Truecaller terdapat pengguna-pengguna mereka telah menetapkan nombor telefon sebagai penipu, Truecaller akan memberi notifikasi sama ada pemanggil tersebut adalah penipu ataupun tidak. Aplikasi Truecaller juga mampu mematikan panggilan daripada penipu secara automatik.

Anti SPAM

Aplikasi permesejan anti-spam terbina juga disertakan. Ia mengumpulkan SMS di dalam satu ruang dan turut memaparkan jika SMS itu pernah dilaporkan sebagai spam ataupun tidak.

Truecaller sangat membantu dalam menyekat panggilan-panggilan daripada penipu. Bagi yang ingin mencuba boleh terus memuat turun aplikasi ini:

Truecaller untuk Android

Truecaller untuk iOS

Komen Facebook
BACA NI>  4 Jenis Facebook Like
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here