Dapatkan berita viral setiap hari:

Antara cabaran buat para ibu yang menyusu di bulan Ramadan termasuklah risau susu tak mencukupi, anak tak berasa kenyang, diri sendiri keletihan dan tak berdaya untuk menyusukan anak.

Ramadhan bukanlah penghalang kepada para ibu bagi menunaikan tanggungjawab menyusukan anak. Bahkan Islam sendiri tidak melarang kaum wanita yang menyusukan anak untuk TIDAK BERPUASA jika dikhuatiri apabila berpuasa akan memudaratkan diri sendiri.

Sebolehnya, ramai ibu di luar sana tetap ingin meneruskan puasa dan pada masa yang sama ingin kekal bertenaga untuk menyusukan anak masing-masing.

Oleh yang demikian, dikongsikan tips penyusuan sepanjang bulan Ramadan.

  • Tambah kekerapan mengepam susu sebainya sebelum Ramadan lagi.
  • Minum AIR SUAM secukupnya ketika bersahur dan berbuka. Sebaiknya 8 gelas sehari.
  • Makan makanan TINGGI SERAT seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, serta jus.
  • KURMA dijadikan sebagai snek, banyakkan makan kurma ketika sahur dan di waktu malam.
  • Lakukan “POWER PUMPING” seminggu sekali, iaitu teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu – pam payudara sebelah kanan selama 10 minit kemudian pam payudara sebelah kiri selama 10 minit, ulangi mengepam payudara sebelah kanan 10 minit dan ulangi berselang-seli antara payudara kanan dan kiri berterusan selama 1 jam.
  • patuhi jadual MENGEPAM, walaupun anda tidak bekerja, anda tetap perlu memperuntukkan masa untuk mengepam.
  • TAWAKAL kepada Allah dan fikir POSITIF!! Yakin pada diri yang anda boleh lakukan.
BACA NI>  Tahu Tak Boleh Claim MIB Sekiranya Dilanggar Kenderaan Yang Tiada Insurans

InsyaAllah, susu ibu anda akan tetap meriah, bekalan susu anak anda tidak akan terputus sepanjang Ramadan ini.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here