Dapatkan berita viral setiap hari:

Badan kita memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan. Antara peranan penting air dalam badan kita termasuklah bertidak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, menjadi agen pembuang bahan toksik dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ badan. Air juga diperlukan untuk membekalkan nutrien kepada organ tubuh badan.

Kekurangan air akan meningkatkan risiko terkena penyakit seperti batu karang, sakit kepala, sakit sendi dan otot, lesu pada wajah dan kehausan. Hidrasi juga boleh dialami seseorang yang kurang air menyebabkan air kencing berbau kuat dan berwarna kuning pekat.

Ramai yang ragu-ragu untuk mengamalkan minum air mencukupi seperti yang disarankan iaitu sebanyak 8 gelas sehari sepanjang bulan puasa. Dikongsikan cara-cara pengambilan air di bulan puasa – bermula semasa berbuka puasa, sehinggalah sewaktu bersahur, cukup 8 gelas sehari.

Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur – Ketika makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.

BACA NI>  Jangan Bawa Barang Orang Lain Di Lapangan Terbang

Minum Waktu Tidur – Peluang untuk minum hanya pada waktu malam, jadi kalau nak kerap minum lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.

Makanan Dengan Kandungan Air Tinggi – Anda juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.

Elak Minum Banyak Ketika Berbuka – Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi bila berpuasa, tetapi cuba jangan pula minum air sampai hilang selera nak makan. Minum 8 gelas air saat berbuka bukanlah penyelesaian yang tepat.

Berbuka Dengan Kurma & 2 Gelas Air – Tentu ramai yang sudah tahu bahawa kita disarankan berbuka dengan kurma terlebih dahulu tetapi tahukah anda kebaikan daripada tindakan yang diamal? Ya, buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi yang cukup tinggi, serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi. Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa. Dan pastinya air yang diambil pula akan menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan.

BACA NI>  Tips Penyusuan Para Ibu Sepanjang Ramadan

Bawa Air Ketika Keluar Malam – Setiap kali pergi terawih atau keluar mencari barang, elok bawalah air sebotol. Ini satu jalan mudah untuk menjaga tubuh badan daripada kekurangan air.

Cadangan Waktu Pengambilan Air Sepanjang Ramadhan

  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas berbuka puasa
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas solat Tarawikh
  • 1 gelas sebelum tidur
  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas makan sahur

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here