Taiping Diiktiraf Antara 3 Bandar Terbaik Dunia

Dapatkan berita viral setiap hari:

Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan apabila Taiping tersenarai dalam Sustainable Top 100 Destination dalam kategori Best Cities ditempat ke-3.

Berita tersebut dikongsikan oleh Majlis Perbandaran Taiping melalui satu kenyataan yang dimuat naik di laman web rasmi agensi kerajaan tempatan tersebut.

“Seperti yang telah diumumkan pada bulan Disember tahun lalu, Taiping telah tersenarai antara 100 destinasi lestari 2018 oleh Green Destinations bagi mengiktiraf usaha pelbagai pihak dalam mewujudkan industri pelancongan yang lebih bertanggungjawab terutama bagi kelestarian alam sekitar.” kata kenyataan tersebut itu lagi.

Untuk pengetahuan anda, anugerah itu dikendalikan oleh ‘Green Destination Foundation’ dan ianya merupakan satu inisiatif kerjasama ‘Green Destinations, European Centre for Eco & Agro Tourism (ECEAT) dan Coastal & Marine Union – EUCC yang berpangkalan di Netherland.

Menerusi kenyataan yang media yang dimuat naik oleh pihak penganjur, Green Destination di laman rasminya, Taiping menjadi satu-satunya lokasi dalam Malaysia yang berjaya memasuki senarai tersebut.

Mendahului Taiping adalah Kota Ljubljana (Slovenia) di tempat pertama dan Vancouver (Kanada) di tempat ke-2.

BACA NI>  Pasang Khemah Kenduri Boleh Kena Denda

Selain kategori Best Cities, majlis anugerah berprestij yang dianjurkan di Berlin, Jerman semalam itu turut mempertandingkan kategori antaranya Best of Nature, Best of Communities & Culture dan Best of Ecotourism.

Antara lain kelebihan-kelebihan Bandar Taiping menurut pihak penganjur adalah mempunyai elemen-elemen alam semula jadi yang sangat indah seperti gunung-ganang, kawasan tasik dan hidupan liar.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here