Tahu Tak Boleh Claim MIB Sekiranya Dilanggar Kenderaan Yang Tiada Insurans

Dapatkan berita viral setiap hari:

Cuba bayangkan sedang elok anda berjalan, berjoging atau berbasikal, tiba-tiba datang sebuah kereta atau motosikal melanggar. Nak memburukkan lagi keadaan, si pelanggar enggan bertanggungjawab dan tidak mahu bayar apa-apa. Maklumlah, motor pakcik kampung yang dibawa berulang-alik ke kebun.

Bagaimana mahu buat tuntutan insurans? Pejalan kaki dan penunggang motosikal mana ada insurans kenderaan bermotor.

Untunglah kalau anda ada perlindungan insurans peribadi atau syarikat. Sekurang-kurangnya boleh buat tuntutan. Tetapi bagaimana pula sebaliknya? Mahu tidak mahu, terpaksalah keluarkan duit sendiri.

Mungkin ramai yang tak tahu apabila ada kemalangan kita dilanggar kenderaan pemandu lain dan pesalah tersebut atau pemilik kenderaan tiada insurans dan lebih teruk lagi langsung tidak mengakui kesalahan serta tidak mahu membayar akibat kejadian tersebut sama ada pada diri kita dan juga pada kenderaan, kita boleh buat tuntutan di Motor Insurers Bureau Malaysia (MIB). Ia adalah salah satu dana yang khas dibuat untuk semua pengguna jalan raya.

Motor Insurers Bureau

Biro Insurans Motor Malaysia (Motor Insurers Bureau of Malaysia) ditubuhkan pada 15 Januari 1968 untuk memberi keadilan sosial dan diwujudkan pada masa itu di bawah Ordinan Lalu Lintas Jalan Raya 1958 (kini Akta Lalulintas Jalan 1987).

BACA NI>  Telaga Wakaf 1400 Tahun Lalu Masih Menghasilkan Pendapatan Membatu Fakir Miskin Sehingga Kini

Ia diwujudkan untuk membela mangsa kemalangan jalan raya yang tidak mendapat pembelaan atau memberikan duit kepada mangsa kemalangan sama ada pemandu, pejalan kaki atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan dimana kenderaan yang melanggar tiada insurans.

Dana yang digunakan MIB untuk semua mangsa kemalangan adalah dana daripada semua syarikat insurans yang diwajibkan mencarum ke dalam MIB pada setiap tahun. Dengan adanya dana ini, bantuan yang diberikan kepada mangsa mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Cara Buat Tuntutan Kepada MIB

Bagaimana cara nak claim atau buat tuntutan kecederaan kemalangan kereta, motor atau sebarang jenis kenderaan? Anda boleh ikuti langkah-langkah ini untuk buat tuntutan kepada MIB selepas dilanggar pemilik kenderaan tiada insurans.

  1. Kemukakan tuntutan secara terus kepada pihak MIB atau boleh melantik peguam.
  2. Pastikan ada nombor pendaftaran kenderaan tiada insurans itu yang terbabit dalam kemalangan. Pihak MIB tak akan bayar untuk kes langgar lari atau yang tidak ada nombor plat kenderaan terlibat.
  3. Serahkan tuntutan anda dalam jangka masa TIGA tahun dari tarikh kemalangan.
  4. Sekiranya anda melantik peguam untuk failkan tuntutan di mahkamah, peguam harus beritahu pada MIB dalam tempoh 30 hari sebelum tuntutan dibuat di mahkamah dan menyerahkan semua dokumen berkaitan.
  5. MIB hanya bayar untuk jenis kecederaan sahaja tidak termasuk dengan kerosakan kenderaan anda, harta benda, loss of income dan sebagainya.
  6. Sebarang jumlah bayaran dari MIB adalah ditentukan oleh pihak MIB berdasarkan kes dan kejadian.
BACA NI>  Medibike Tawar Bantuan Kecemasan Awal

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Buat Tuntutan MIB

  1. Surat kepada MIB yang menyatakan maklumat tentang kejadian, alasan tuntutan dibuat dan semua dokumen yang disertakan.
  2. Satu salinan laporan yang tercatat nombor kenderaan berkaitan.
  3. Laporan polis tentang kenderaan yang melanggar sekiranya ada.
  4. Laporan tentang perubatan kecederaan yang anda alami.

Hantar dokumen berkaitan ke:

Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910

Terlibat dalam satu kemalangan adalah pengalaman yang amat menyedihkan serta sungguh membebankan. Selain tertekan dengan keadaan serta trauma, terlalu banyak perkara yang harus kita buat selepas kemalangan itu berlaku terutama tuntutan peribadi dan sebagainya.

Oleh kerana itu, adalah penting untuk anda tahu sedikit sebanyak tentang hak anda sebagai seorang individu atau pun pengguna jalan raya untuk membela diri jika tidak bersalah serta berkaitan dengan khidmat sedia ada untuk membuat tuntutan berdasarkan keadaan atau situasi.

Jadi, melalui perkongsian ini anda sudah tahu bagaimana nak buat tuntutan kecederaan kemalangan di MIB sekiranya dilanggar oleh kenderaan tiada insurans atau pemilik kenderaan tidak mahu bertanggungjawab serta tidak mengaku kesalahannya. Semoga bermanfaat.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here