Dapatkan berita viral setiap hari:
Sekumpulan siswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Kuala Lumpur berhimpun membuat bantahan dan tunjuk perasaan terhadap yuran semester yang dinaikkan dari RM945 kepada RM5,000 sejak empat tahun lepas.
Perhimpunan dibuat setelah tiada apa-apa tindakan diambil terhadap petisyen dan memorandum telah diberikan kepada pihak universiti dan Kementerian Pendidikan sejak setahun setengah lalu.
Suasana dilaporkan sedikit tegang pada awalnya ketika pihak polis dilihat bergelut dengan aktivis mahasiswa yang turut hadir pada himpunan tersebut. Pelajar universiti lain di Lembah Klang turut hadir memberikan sokongan.
Komen Facebook