Senarai Pelepasan Cukai Untuk e-Filing 2019

Dapatkan berita viral setiap hari:

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) telah mengeluarkan senarai pelepasan cukai 2018 untuk e-Filing 2019.

Berikut 21 senarai pelepasan cukai 2018 sebagai rujukan ketika mengisi efiling nanti.

1. Individu dan saudara tanggungan (RM9,000)

2. Penjagaan Ibu Bapa

  • Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan), (RM5,000) ATAU
  • Ibu dan Bapa (RM3,000)
    Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
    Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

3. Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya) (RM6,000)

4. Individu Kurang Upaya (RM6,000)

5. Yuran Pendidikan (Sendiri) (RM7,000)

  • Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
  • Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian

6. Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak) (RM6,000)

7. Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) (RM500)

8. Gaya Hidup (RM2,500)

  • Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
  • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
  • Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
  • Bayaran langganan internet
BACA NI>  Pasang Khemah Kenduri Boleh Kena Denda

9. Pembelian peralatan penyusuan (RM1,000) terhad sekali dalam tempoh dua tahun taksiran

10. Yuran penghantaran anak 6 tahun ke bawah ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah (RM1,000)

11. Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2018 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2018) (RM6,000)

12. Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri (RM4,000)

13. Suami/Isteri kurang upaya (RM3,500)

14. Anak di bawah umur 18 tahun (RM2,000)

15. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) (RM2,000)

16. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (RM8,000)

  • mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
  • mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
  • kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

17. Anak Kurang upaya (RM6,000)

Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

BACA NI>  Asbestos - Punca Kanser Paru-Paru Mesothelioma

18. Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji (RM6,000)

19. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. (RM3,000)

20. Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji (RM3,000)

21. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) (RM250)

Antara pelepasan cukai yang tidak tersenarai tahun ini ialah potongan cukai sebanyak RM10,000 untuk faedah pembelian rumah.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here