Senarai Institut Pengajian Tinggi Yang Menawarkan Kursus Gaming
Kalau dulu, bermain Playstation atau Xbox di kalangan anak muda dikatakan melalaikan dan membuang masa, namun sekarang semuanya sudah berubah.
Perkembangan industri sukan elektronik dan alam maya membuka peluang kepada belia mengasah bakat dalam permainan video popular termasuk Dota, PUBG dan Mobile Legends.
Bukan setakat itu sahaja malah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq juga telah memperlihatkan komitmen KBS untuk lebih memperkasakan e-sukan dengan mengumumkan keinginan untuk membina e-stadium dan juga menjadikan Malaysia sebagai hab e-sukan untuk Asean.
Justeru, dapat dilihat dengan adanya e-sukan ini, golongan anak muda boleh bersaing secara sihat disamping mampu menjana pendapatan.
Bagi menyokong perkembangan e-sukan di Malaysia, institut pengajian tinggi di negara ini turut menyediakan kursus-kursus berkenaan.
2 kursus ditawarkan di KDU. Bachelor of Game Development di kampus Shah Alam dan Diploma in Games Technology di kampus Georgetown, Pulau Pinang.
4. Limkokwing University of Creative Technology
Terdapat 4 kursus yang ditawarkan:
Bachelor of Arts (Hons) in Games Art Development
Bachelor of Arts (Hons) in Games Design
BSc. (Hons) In Games Technology
Diploma In Games Art
5. Multimedia University (MMU)
Ada 3 kursus yang ditawarkan di MMU:
Bachelor of Multimedia (Hons.) Virtual Reality
Bachelor of Multimedia (Hons.) Animation and Visual Effects
Bachelor of Multimedia (Hons.) Interface Design
6. Management & Science University (MSU)
Di MSU, pelajar boleh bermula dengan Diploma in Games Design and Animation selama 2 tahun setengah, dan meneruskan pengajian dalam Bachelor in Games Design and Animation (Hons) selama 3 tahun lagi.
7. Kolej Polytech MARA
Ada 3 kursus yang ditawarkan di Kolej Poly-Tech MARA Ipoh:
Anda disarankan untuk tidak meninggalkan barang-barang yang disenaraikan di bawah ini di dalam kereta anda kerana boleh mengundang bahaya. Yang terakhir sekali tu paling...
Sebenarnya, ramai tidak sedar bahawa Malaysia turut mempunyai produk tempatan yang ramai sangka berasal dari luar.
Mungkin kerana nama jenama yang digunakan langsung tidak membawa...
Bila dengar sahaja azan Maghrib berkumandang dan masuknya waktu berbuka puasa, dia terus menyalakan rokok. Maklumlah seharian berpuasa tentu rasa susah nak tahan diri....
Seringkali apabila kita mahukan sesuatu bahan bukti atau membuktikan sesuatu kejadian, kita akan keluarkan telefon bimbit dan rakam atau ambil gambar. Namun, adakah menjadi...