Dapatkan berita viral setiap hari:

Ada yang pernah tinggal di rumah kayu di kampung dulu? Walaupun cuaca panas terik, suhu dalam rumah kayu mesti sejuk dan nyaman. Sungguh hebat rekaan rumah Melayu klasik ni.

Tahukah anda rumah Melayu tradisional pernah dinobatkan antara yang mempunyai seni bina terbaik di dunia? Berikut adalah 4 sebab betapa geniusnya arkitek Melayu dulu mereka bentuk seni bina hebat ini.

Laluan Angin

Rumah kayu ada banyak laluan angin. Papan lantai rumah ada sedikit ruang. Atas tingkap ada lubang angin. Bumbung pula kebiasaannya berlapis. Kalau tidak pun, mesti ada lubang angin.

Haba atau angin panas selalu bergerak dari bawah ke atas. Bila sebuah rumah itu ada banyak lubang angin, haba akan ada laluan untuk keluar. Sebab tu jugaklah, kalau rumah ada siling tinggi anda akan rasa kurang panas berbanding rumah siling rendah.

Pintu Masuk Berbeza

Pengaruh Islam bukan setakat pada agama saja, bahkan dalam kehidupan seharian orang Melayu itu sendiri. Sebab itulah rumah Melayu tradisional ada 2 pintu.

BACA NI>  Guide To Making A Complaint

Biasanya bahagian anjung dan serambi akan dijadikan ruang untuk orang lelaki berbual-bual. Orang perempuan pulak bersembang di sebelah dalam rumah iaitu bahagian dapur atau rumah ibu.

Rumah Tinggi

Pernah terfikir tak kenapa rumah kampung ni tinggi? Ada banyak faktor sebenarnya.

Rumah kampung dulu tak ada pagar. Masa dulu, orang lalu celah-celah rumah kalau nak ke kedai atau surau. Cuba bayangkan kalau kita tak dapat kawal mata, mau kita skodeng rumah orang lain. Atas sebab itu jugalah, kenapa rumah kampung biasanya tinggi-tinggi.

Antara sebab lain ialah nak elak binatang buas atau liar masuk ke dalam rumah dan juga faktor iklim kita iaitu musim hujan yang kadang-kalanya menyebabkan banjir.

Lagipun, ruang bawah rumah boleh dijadikan tempat simpanan barang. Macam stor.

Kiblat Lurus

Lebih unik, bila balik saja ke kampung tak susah sebenarnya nak cari kiblat. Bentang saja sejadah, kiblat itu tegak dan lurus.

Biasanya bahagian depan dan belakang rumah menghadap arah Utara Selatan. Manakala bahagian kiri kanan rumah menghadap Timur Barat. Secara tak langsung, rumah menghadap kiblat dan laluan angin (cross ventilation). Sebab itu kalau duduk di serambi, sedap ditiup angin sepoi-sepoi.

BACA NI>  Lebih Jimat Bawa Kenderaan Sendiri Ke Langkawi

Orang dahulu, bukan setakat bahasanya indah. Semuanya berseni. Bahkan susun atur rumah pun bermaksud.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here