Resepi Membuat Pearl Bubble Homemade Sedap Dan Halal

Dapatkan berita viral setiap hari:

Pastinya ramai yang gemarkan Bubble Tea dari Chatime, TeaLive, Gong Cha dan sebagainya. Namun ramai yang tak tahu pearl bubble di dalam minuman kegemaran ramai itu boleh dibuat sendiri di rumah!

Sedapnya teh ais pekat yang ada pearl bubble homemade ni. Teksturnya yang kenyal-kenyal apabila digigit membuatkan kita asyik sedut minuman.

Bagi anda yang gemarkan minuman yang ada bebola kristal ni, boleh cuba hasilkan sendiri. Mudah je. Hanya guna beberapa bahan mudah, anda boleh hasilkan dalam kuantiti yang banyak.

Jom lihat resipi perkongsian Puan Fara Bakri ni.

RESIPI PEARL BUBBLE HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung ubi
  • 2 sudu makan tepung pulut
  • Pewarna hitam secukupnya (boleh guna pewarna pilihan yang lain.)
  • Air panas secukupnya
  • Secubit garam
  • 3 sudu makan gula
  • Daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung ubi, tepung pulut, garam dan 1-2 titik pewarna ke dalam bekas.

2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli guna senduk hingga sebati dan doh tidak melekat.

BACA NI>  Sarapan Atau Sahur Sihat Dengan Overnight Oats

3. Kemudian cubit doh dan bulatkan. Saiznya seperti pearl bubble yang biasa dibeli di kedai.

4. Salutkan doh yang sudah dibulatkan tadi dengan sedikit tepung bagi mengelakkan ia melekat antara satu sama lain.

5. Didihkan air dalam periuk. Masukkan gula dan daun pandan. Tujuan menggunakan gula ialah supaya pearl bubble menjadi berkilat. Rebus pearl bubble selama 25-30 minit.

6. Selesai merebus, tapis pearl bubble dan lalukan di bawah air mengalir untuk membuang lebihan kanji.

7. Masukkan pearl bubble ke dalam bekas dan isikan air gula. Anda bebas menggunakan air gula putih atau air gula merah. Jika guna air biasa dan simpan dalam peti sejuk, pearl bubble akan jadi keras.

8. Boleh masukkan pearl bubble dalam minuman kegemaran. Jika ada lebihan, simpan pearl bubble di dalam peti sejuk.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here