Produk Beracun Bernilai RM1.7 Juta Dirampas KKM

Dapatkan berita viral setiap hari:

KKM melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah berjaya merampas produk kesihatan dicampurpalsu yang disyaki tidak berdaftar serta bahan mentah mengandungi racun bernilai RM1.7 juta.

Serbuan tersebut dilakukan ke atas 16 buah premis di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ekoran daripada laporan dan maklumat yang dterima daripada orang awam.

Berikut merupakan produk beracun yang ditemui:

1️⃣Nama Keluaran: Cala Huala
🚫Racun Disyaki: Ibuprofen, Tetracycline HCL & Chloramphenicol

2️⃣Nama Keluaran: Cala Plus
🚫Racun: Dexamethasone, Chlorpheniramine, Ibuprofen, Chloramphenicol, Clarithromycin, Tetracycline HCL dan Lovastatin

3️⃣Nama Keluaran: ATC Herbs
🚫Racun Disyaki: Dexamethasone, Chlorpheniramine, Ibuprofen, Chloramphenicol, Clarithromycin, Tetracycline HCL dan Lovastatin

4️⃣Nama Keluaran: SBC Miracle Herbs
🚫Racun Disyaki: Dexamethasone, Chlorpheniramine, Ibuprofen, Chloramphenicol, Tetracycline HCL dan Lovastatin

5️⃣Nama Keluaran: MR
🚫Racun Disyaki: Tadalafil

6️⃣Nama Keluaran: Candy B+
🚫Racun Disyaki: Tadalafil

7️⃣Nama Keluaran: Soloco
🚫Racun Disyaki: Tadalafil

8️⃣Nama Keluaran: Catuaba
🚫Racun Disyaki: Tadalafil

Selain itu, bahan mentah yang disyaki mengandungi Sibutramine (Agen Pelangsing) dan Tadalafil (bahan peransang seks) turut dirampas. Kesemua produk dan bahan mentah telah dirampas untuk siasatan lanjut di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952.

BACA NI>  Coronovirus 101 - Apa Yang Perlu Anda Tahu

Saranan kepada masyarakat

✅ JANGAN menggunakan produk campurpalsu dan produk-produk yang tidak berdaftar dengan KKM.

✅ Dapatkan PEMERIKSAAN lanjut sekiranya terdapat sebarang gejala

✅ SEMAK status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang http://npra.moh.gov.my/ ATAU dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.

✅ Buat laporan atau salurkan maklumat berkenaan produk kesihatan meragukan kepada KKM melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) https://moh.spab.gov.my. ATAU mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here