Polis Pengiring Menyusahkan

Polis Pengiring
Dapatkan berita viral setiap hari:

Tugas polis pengiring adalah untuk mengiringi tetamu kehormat ke lokasi tertentu dengan lancar. Namun kaedah dan cara mereka mengarah dan mengawal trafik kenderaan umum untuk memberi laluan kepada kenderaan tetamu kehormat banyak mendapat rungutan dari netizen. Sekiranya keadaan trafik kurang sesak, tiada masalah. Namun, apabila keadaan trafik yang terlalu sesak, kadangkala agak susah untuk kenderaan awam bergerak untuk memberi laluan.

Terdapat kes sehingga hampir melanggar pembahagi jalan dan sebagainya. Menurut statistik Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros) pula, 32 kes kematian dilaporkan pada tahun 2017 melibatkan kemalangan kenderaan awam dan polis pengiring, ambulan dan trak bomba. Sebaiknya, lebih banyak latihan harus dianjurkan kepada pasukan-pasukan ini untuk menambahbaik cara dan kaedah untuk mengawal keadaan terutamanya sewaktu trafik yang sesak.

Tidak kurang juga ada kes di mana pegawai kenamaan menyalahgunakan polis pengiring bukan untuk urusan rasmi. Ini menyusahkan banyak pihak. Keistimewaan penggunaan polis pengiring harus dihadkan kepada urusan rasmi penting sahaja.

BACA NI>  Banteras Sindiket Pengemis Kanak-Kanak

Komen pengalaman anda!

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here