Petua Mengelakkan Dapur Kaca Pecah Dan Meletup

Dapatkan berita viral setiap hari:

Trend terkini menunjukkan lebih ramai memilih dapur memasak permukaan kaca. Selain melengkapkan tema dekorasi, ia kelihatan kemas dan nampak moden. Namun, sejak kebelakangan ini, banyak kes dilaporkan dapur kaca meletup dan pecah ketika digunakan. Ini mengundang bahaya terutamanya apabila ia pecah ketika sedang digunakan dan anak-anak berada berhampiran. Ancaman lain yang turut boleh berlaku termasuklah kebocoran gas atau impak lebih kuat berlaku letupan besar.

Oleh yang demikian, fahami langkah-langkah keselamatan berikut sebelum memilih dapur gas:

Tempoh Masa Penggunaan

Disarankan tempoh penggunaan dapur gas kaca ini dimaksimumkan untuk tempoh 2 jam sahaja. Ia bagi memastikan bahang yang diterima oleh permukaan kaca tidak keterlaluan.

Jangan Tetapkan Suhu Sehingga Maksimum

Dapur kaca hanya boleh digunakan pada suhu sedarhana sahaja. Julat suhu maksimum yang diterima oleh permukaan dapur kaca menjadi pendorong kepada berlakunya pecahan molekul pada kaca.

Elak Mengelap Dengan Kain Basah

Jangan sekali-kali mengelap permukaan dapur kaca dengan kain basah ketika permukaan kaca dapur masih panas. Ia akan menyebabkan penurunan suhu pada permukaan yang menerima haba secara drastik. Secara tidak langsung ia menajdi pendorong kepada pemutusan pegangan molekul pada kaca.

BACA NI>  5 Bahaya Berbuka Puasa Dengan Merokok

Jangan Gunakan Dapur Yang Telah Retak

Disarankan agar dapur ditukar sekiranya permukaan kelihatan mula retak. Jika tidak berkesempatan untuk ditukarkan, hadkan penggunaan dapur pada tempoh yang sekejap dan kurangkan beban.

Sediakan Lubang Angin

Bahagian bawah dapur hendaklah dibuka untuk memastikan haba yang terhasil bebas dan tidak terperangkap di bawah. Jika dibiarkan terperangkap, ia akan menyebabkan wujudnya tekanan di bawah dapur.

Kosongkan Dapur Setelah Selesai Digunakan

Sebaik sahaja selesai digunakan, disarankan agar tidak meletak atau meninggalkan sebarang beban di atas dapur kaca. Beban yang diterima ketika selesai memasak juga boleh menjadi punca kepada dapur kaca cepat rosak.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here