Perlindungan Peril Khas Untuk Bencana Alam

Dapatkan berita viral setiap hari:

Sebenarnya masih ramai lagi pemilik-pemilik kenderaan tidak tahu ada Perlidungan Peril Khas untuk melindungi kenderaan korang yang mengalami kerosakan akibat bencana alam.

“Tuan, kalau kereta rosak akibat dihempap pokok masa ribut atau banjir, boleh CLAIM insurans tak?”

Sebenarnya boleh, dengan syarat korang maklumkan kepada pihak insurans untuk buat tambahan SPECIAL PERILS COVER dalam insurans kenderaan korang.

Apakah Special Perils Cover?

Perlidungan tambahan untuk kerosakan melibatkan ribut, banjir, tanah runtuh, mendap, gempa bumi dan juga bencana alam yang lain (bergantung pada syarikat insurans yang anda pilih).

Berapakah Caj Insurans Tambahan Ini?

ANGGARAN pengiraan Special Perils ini adalah 0.5% daripada nilai kereta. Contohnya, kalau cover nilai kereta RM10k, harga tambahan bagi Special Perils adalah seperti berikut:

RM10,000 x 0.5% = RM50
Tambah sekali dengan caj SST, jumlah RM53 sahaja perlu ditambah.

Tidaklah semahal manapun sebenarnya jika dibandingkan dengan kerosakan seperti dalam gambar-gambar ni, betul tak? Apatah lagi sekarang musim ribut petir hampir seluruh negara. Bertindaklah dengan bijak.

BACA NI>  Ada Apa Dengan Air Garam?

Semoga kita dijauhkan dari segala musibah.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here