Penipuan Pembayaran Online Secara Scheduled Transfer

Dapatkan berita viral setiap hari:

Ramai peniaga online pernah mengalami pengalaman ini. Ditipu tatkala pembayaran untuk pembelian barangan online dibuat. Pelbagai taktik digunapakai scammer dan penipu online sekarang ini. Yang berniaga online sila lebih berhati-hati.

Berikut adalah salah satu taktik modus operandi penipuan pembayaran online.

1. Scammer akan membuat SCHEDULED PAYMENT.

2. Tarikh bayaran dipilih 3 hari akan datang
Contoh : Scammer inform akan bank in hari ni 9 Oct 2018. Tapi masa dia buat online transfer, dia pilih SCHEDULED PAYMENT dan pilih tarikh 12 Oct 2018.

3. Ini bermakna online seller akan menerima bayaran tersebut pada 12hb Oct, bukan 9hb Oct.

4. Selepas selesai transaksi, resit akan di screenshot dan scammer tersebut akan hantar resit tersebut kepada seller sebagai bukti bayaran.

5. Di sini masalah bermula, resit yang pihak bank keluarkan SEBIJIK SAMA dengan normal transfer. Tiada cacat cela. Tiada langsung remark mengatakan transaksi ini adalah scheduled transfer.

6. Paling best pada resit ada perkataan SUCCESSFUL.

7. Seller terima resit. Nampak asli dan terus pos barang tanpa menyemak baki akaun.

BACA NI>  Pasang Khemah Kenduri Boleh Kena Denda

8. Bila scammer dah dapat ref number barang, dia akan cancel SCHEDULED PAYMENT tersebut.

9. Makanya meloponglah online seller berkenaan bila nak close account hujung bulan.

10. Kerana walaupun transaksi dibuat pada 9 October, resitpun nyatakan transaksi dibuat pada 9 October tapi duit tak masuk sebab SCHEDULED PAYMENT which anytime je buyer boleh cancel.

11. Ni contoh resit yang diterima. Nasib baik seller semak akaun pada hari tersebut. Sampai telefon Maybank center untuk kepastian.

12. Lagi haru ialah, info dari Maybank Center, walaupun baki dalam akaun kita tinggal RM2 ja, kita masih boleh buat SHEDULED PAYMENT. Jadi scammer bebas letak apa apa amount yang dia nak dan set kan scheduled payment.

13. Tanpa perlu cancel transaksi tersebutpun, bila tiba hari yang dijadualkan, bila sistem detect baki akaun tak cukup, maka transaksi tersebut akan automatik batal.

14. Maka yahu yahu lah penipu dapat barang tanpa perlu buat bayaran.

Kes ni terjadi pada 27 September 2018. Buyer mendesak nak barang secepat mungkin. Sebab asyik desak je seller terhidu bau ikan dan buat semakan baki.

BACA NI>  Scam Surat Perintah Mahkamah

Bila dah kantoi baru dia mengaku dia buat scheduled payment. Tarikhnya 30 September 2018. Silap klik katanya. Desak nak barang juga dan berjanji payment akan masuk 30hb.

Seller berkeras tak nak bagi barang dan minta dia cancel scheduled payment ni, dan buat paymet lain. Terus senyap…. sunyi…. dan sepi …. sampai hari ni!

Hati-hatilah yer… SEMAK AKAUN SELALU!

Ada yang pernah kena sebegini?

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here