Pengganas Buat Live Menembak Jemaah Dalam Masjid

Dapatkan berita viral setiap hari:

CHRISTCHURCH: “Ketika sedang bersolat saya terdengar bunyi letupan sebelum seorang jemaah di sebelah saya rebah akibat ditembak di kepala,” kata seorang lelaki Palestin antara mangsa yang selamat dalam kejadian tembakan rambang di dua buah masjid di sini.

“Saya terdengar tiga bunyi tembakan dan selepas 10 saat bunyi itu kedengaran semula. Semua jemaah bertempiaran melarikan diri dan ada yang berlumuran darah,” ujarnya yang enggan dikenali.

Katanya ketika kejadian dia bersolat di Masjid al Noor di sini yang penuh dengan jemaah menunaikan solat Jumaat.

Sementara itu, seorang lagi saksi memberitahu stuff.co.nz, dia bersolat di Masjid Deans Ave sebelum terdengar bunyi tembakan.

“Saya terus melarikan diri dan ketika menuju ke pintu keluar saya melihat mayat isteri saya terbaring di lantai. Saya juga melihat kanak-kanak ditembak. Mayat mereka bergelimpangan di mana-mana,” katanya.

Pihak berkuasa memberitahu, berpuluh-puluh mangsa dipercayai maut dalam serangan berkenaan.

Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand memberitahu seorang rakyat Malaysia cedera ditembak dalam kejadian itu.

BACA NI>  Zaman Tanpa Gajet

“Setakat ini seorang warga Malaysia disahkan cedera dan kini menerima rawatan di hospital,” katanya di Twitter.

Bandar itu juga dikepung pihak berkuasa dan terdapat laporan serangan di masjid ketiga serta serangan bom kereta di Strickland St.

Seorang penyerang dipercayai warga Australia menyiarkan video secara langsung serangan itu di media sosial. Polis berkata, seorang lelaki yang memakai pakaian tentera ditangkap di sebuah sekolah berhampiran tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada suspek adalah penyerang berkenaan.

Siar serangan secara langsung

Sementara itu, pihak berkuasa New Zealand melaporkan sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan maut dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam satu kejadian tembakan rambang di Masjid al Noor itu.

Ketika kejadian masjid itu penuh dengan jemaah termasuk anggota pasukan kriket Bangladesh tetapi semua pemain pasukan itu tidak cedera.

Polis dilaporkan mengepung bandar itu bagi mengesan suspek lelaki berpakaian celoreng dan bersenjatakan raifal automatik.

The Guardian melaporkan, Sebuah kereta jenis Subaru yang dipercayai mengandungi bom merempuh sebuah lagi masjid.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here