Penganiayaan Pusat Asuhan

Dapatkan berita viral setiap hari:

Ibu bapa yang sibuk bekerja, silalah ambil masa untuk pantau anak-anak yang ditinggalkan di rumah pengasuh. Terlalu banyak kes penganiayaan kanak-kanak. Lebih teruk lagi sehingga ada yang melibatkan kematian.

Anak kecil seperti ini tidak tahu nak bercerita. Mereka cuma tahu menangis.

Tindakan Pusat Asuhan

Pengusaha taska atau pengasuh rumah perlu sedar tanggungjawab mereka adalah amat berat bukan sekadar untuk mendapat upah bulanan. Tetapi apabila memilih untuk masuk ke perkhidmatan ini, mereka seharusnya bersedia dan tahu bagaimana untuk mengendalikan kanak-kanak mengikut umur tertentu. Paling penting perlu memastikan si kecil berada dalam keadaan sihat dan selamat di bawah penjagaan mereka setiap hari seperti diamanahkan penjaga. Ini kerana masa berkualiti seorang kanak-kanak sebenarnya banyak dihabiskan bersama pengasuh berbanding ibu bapa sendiri yang bekerjaya.

Pengendali pusat asuhan dan pengasuh rumah perlu berilmu, khususnya mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan, penjagaan kanak-kanak, aktiviti harian dan cara penyediaan makanan yang lebih selamat mengikut piawai yang betul. Jika pengasuh ini tidak mempunyai pengetahuan dan ilmu yang betul, itu menyebabkan banyak kes penderaan berlaku.

BACA NI>  Kelemahan Keselamatan Portal CIMBClicks

Pengasuh Tidak Bertauliah

Kebanyakan suri rumah tidak kurang juga yang berhasrat membantu meringankan beban suami, jadi mereka mula mencari peluang mendapatkan pendapatan dari rumah dengan menjadi pengasuh kanak-kanak. Memang luar biasa kudrat wanita, sambil menguruskan rumah tangga, sempat mengambil upah menjaga anak orang. Itu tidak salah, cuma yang menakutkan ibu bapa hari ini kebanyakkan mereka tiada pengalaman dan enggan mengikuti kursus berkaitan yang telah disarankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Bapa?

Ibu bapa juga dinasihatkan untuk menilai dan memilih taska atau pengasuh yang tepat untuk menjaga anak kesayangan anda. Semak sama ada taska berdaftar dengan JKM atau tidak. Tanya jiran-jiran  berkenaan pusat asuhan tersebut. Sekiranya menghantar ke rumah pengasuh pastikan anak jagaan tidak melebihi empat orang. Jika tidak abaikan saja dan cari pengasuh lain.

Sesekali, buatlah kunjungan mengejutke pusat asuhan atau rumah pengasuh. Sentiasa pantau fizikal dan kelakuan anak. Sekiranya melihat ada luka, kesan lebam pada tubuh dan kemaluan segera semak buku log yang dibekalkan pengasuh atau pusat jagaan untuk memastikan tahap kesihatan anak sebelum bawa bertemu doktor. Anak-anak kecil yang sudah pandai bercakap biasanya tidak berbohong. Jangan abaikan segala aduan atau sebarang perubahan kelakuan si kecil.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here