Pemutihan Gigi Berbahaya

Teeth Acid Etching
Dapatkan berita viral setiap hari:

Terdapat peniaga online dengan berani dan secara terbuka menjual barangan yang sepatutnya diselenggara oleh pakar yang bertauliah.

Berikut adalah posting dari saudara Iqbal Rosali di Facebook:

Ini aktiviti memutihkan gigi yang SALAH & BERBAHAYA untuk pelanggan dan pengguna.

teeth acid etching

Bahan berwarna biru yang digunakan itu ialah ‘ACID ETCHING’. ‘Acid etching digunakan oleh doktor gigi untuk membuat TAMPALAN, BUKAN MEMUTIHKAN GIGI.

teeth acid etching

‘Acid etching’ akan menyebabkan permukaan gigi menjadi kasar. Apabila jadi kasar, mudah untuk doktor gigi menyapu bahan lekatan untuk menampal lubang pada gigi. Sebab itu kita cuma gunakan sedikit sahaja ‘acid etching’ ini dan di permukaan yang perlu sahaja. Kita juga cuma gunakan hanya untuk 20 SAAT.

teeth acid etching

Tetapi penjual yang mata duitan begini meletakkan ‘acid etching’ untuk 30 minit.  😱 😱 😱 Anda boleh lihat sendiri hasil memutihkan gigi jadi BERTOMPOK-TOMPOK & TIDAK SEKATA.

Kesan buruknya ialah:

  • Stain akan lebih mudah melekat pada gigi
  • Enamel iaitu lapisan paling luar gigi akan mudah terhakis dan menipis
  • Lama kelamaan gigi akan menjadi sensitif

Rupa-rupanya penjual ini juga membuat fake braces juga.  🤦
Tolong jangan terpedaya dengan rawatan begini. Memutihkan gigi hanya di klinik gigi dengan doktor gigi bertauliah.

Janganlah terjebak dengan harga murah yang ditawarkan peniaga online sebegini. Risiko yang bakal ditanggung adalah sangat tinggi. Dah banyak kes kita dengar pengguna mengambil ubat, pil dan sebagainya demi untuk mencantikkan diri, berakhir dengan tragedi, kerana tidak mendapat khidmat pakar yang lebih bertauliah.

Komen Facebook
BACA NI>  Kucing Terkurung Di Dalam Kereta Tanpa Makanan Dan Minuman
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here