Pasang Khemah Kenduri Boleh Kena Denda

Khemah Kenduri
Dapatkan berita viral setiap hari:

Jika anda tinggal di kawasan taman perumahan, sudah menjadi kebiasaan melihat khemah dipasang di hadapan rumah setiap kali adanya majlis perkahwinan atau apa saja majlis keramaian. Adakah ianya satu kesalahan apabila kita mendirikan khemah di hadapan rumah untuk sesuatu majlis sehingga menghalang lalu lintas orang ramai?

Jawapannya ya, ianya satu kesalahan! Difahamkan perkara ini telah termaktub di bawah Seksyen 46(1)(a) bagi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, dimana ia dikara melakukan kesalahan jika mendirikan atau membuat sebarang binaan atau jalangan di kawasan awam. Sekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan denda RM500 untuk kesalahan pertama dan RM1,000 untuk kesalahan seterusnya.

Jadi janganlah terkejut kalau tiba-tiba kenduri anda diserbu pihak berkuasa tempatan (PBT) atas kesalahan seperti dinyatakan di atas. Mungkin ada jiran yang buat laporan, atau dilaporkan orang luar yang lalu di kawasan anda, atau kebetulan abang penguatkuasa terperasan.

Bagaimanapun, kesalahan seperti ini sangat jarang berlaku kerana majoriti rakyat Malaysia memilih untuk tidak mahu bikin kecoh, nanti takut diajak bertumbuk pula. Walhal, perangai tuan majlis pun semacam mementingkan diri.

BACA NI>  Asbestos - Punca Kanser Paru-Paru Mesothelioma

Jadi nasihat kami gunalah akal budi atau common sense masing-masing. Beritahulah jiran tetangga seandainya ada majlis mahu dibuat yang memerlukan laluan ditutup. Sesetengah kawasan kejiranan, terutama di bandar besar seperti di perumahan flat dan apartment dengan parkir terbuka dan sesak, adalah kurang sesuai dibuat majlis keramaian.

Bukanlah sebab jiran lain cemburu dengan majlis anda yang serba ekstravaganza itu, tetapi memang ada situasi di sesetengah kawasan perumahan dilihat kurang molek dibuat majlis kerana boleh menyebabkan masalah parkir, kesesakan lalu lintas dan isu keselamatan. Lebih elok dibuat di mana-mana dewan yang semestinya perlu ditempah awal.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here