Medibike Tawar Bantuan Kecemasan Awal

Medibike
Dapatkan berita viral setiap hari:

Baru berusia 19 tahun, Muhammad Taufiq Nordin yang merupakan anak jati Tanjung Lumpur ini, kini sedang menuntut ilmu di dalam kursus perubatan giat aktif membantu mangsa-mangsa kemalangan dengan memberikan bantuan rawatan awal sementara menunggu ambulans tiba, di bawah naungan Badan Sukarelawan Jabatan Amal.

Namun, dek kerana kekurangan peralatan yang dibekalkan pada ketika itu dan masa menunggu yang agak lama bagi menantikan ketibaan ambulans, terdetik di dalam hati Taufiq untuk menubuhkan Medibike.

Medibike Tawar Bantuan Kecemasan Awal

Medibike bukanlah menggantikan tugas ambulans/pasukan penyelamat secara total, menurut Taufiq bantuan awal yang diberikan membolehkan beliau mengurangkan kadar risiko kecederaan yang serius di kalangan mangsa.

Menggunakan motosikal Yamaha FZ-150i sebagai mod pengangkutan utama, Taufiq melakukan sedikit ubahsuai bagi memuatkan kelengkapan perubatan seperti cervical collar, set cucian luka, peralatan pemeriksaan, tangki oksigen serta kelengkapan yang dirasakan sesuai.

Dengan adanya kelengkapan tersebut dan keupayaan motosikal untuk mencelah di dalam kesesakan trafik, Taufiq mampu memberikan rawatan awal kepada mangsa kemalangan sebelum menyerahkan pesakit kepada pakar.

BACA NI>  Tips Pengambilan Air Mencukupi Sepanjang Ramadhan

Menurut Taufiq, di bawah Medibike kini mempunyai bilangan anggota seramai tiga orang di Kuantan sahaja buat masa ini, namun bilangan pengangkutan hanya terhad kepada sebuah motosikal sahaja.

Ahli Medibike Wajib Jalani Kursus

Setiap ahli Medibike atau sukarelawan baharu yang ingin menyertai akan diwajibkan untuk menjalani kursus asas pertolongan cemas, bantuan pernafasan CPR dan tahu untuk menguruskan kes-kes trauma sebelum dibenarkan untuk bertugas membantu pihak ambulans.

Ini kerana setiap kes trauma yang dicatatkan adalah tidak sama bagi setiap orang dan pengalaman yang luas amatlah diperlukan dalam mengendalikan pesakit-pesakit supaya tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar.

Memperkembangkan Medibike

Menerusi Medibike, Taufiq berhasrat untuk memperkembangkan lagi cawangan penyelamat mobil ini untuk setiap daerah di Pahang, selain membuka cawangan baharu di setiap negeri terutama di Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang ingin menyertai Medibike, Taufiq mengingatkan anda supaya melengkapkan diri dengan kekuatan fizikal dan mental yang cukup tinggi kerana tugas-tugas menyelamat bukanlah tugasan yang mudah selain menjadi antara yang terawal untuk tiba di tempat berlakunya sesuatu kemalangan.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here