Mat Salleh Handal Berbahasa Melayu

Dapatkan berita viral setiap hari:

Beberapa tahun kebelakangan ni, muncul mat-mat saleh dan minah saleh yang handal bertutur Bahasa Melayu. Antaranya termasuklah Mat Dan, Rhys, Cassidy, Ben dan Belacan & Paku. Keupayaan mereka berbahasa Melayu harus dipuji. Mat Dan umpamanya mampu berbahasa loghat Terengganu.

Daniel Tyler

Warga Bristol yang bernama Daniel Tyler ini tiba di Malaysia pada tahun 2009 dan kini lebih senang dipanggil Mat Dan. Beliau mendapat perhatian ramai di media sosial yang seolah-olah tidak menyangka seorang ‘Mat Saleh’ bukan sekadar boleh bercakap bahasa Melayu, malah ‘pekat’ pula loghat Terengganunya. Setelah beberapa tahun berada di Terengganu, Mat Dan memeluk Islam dan menukar namanya kepada Kareef Daniel Abdullah.

Rhys William

Rhys pada mulanya bercuti di Malaysia pada tahun 2012. Namun tanpa disangka, beliau jatuh cinta dengan Malaysia lalu memutuskan untuk terus menetap di sini. Beliau mulakan belajar bahasa Melayu dengan menulis blognya Mat Saleh Cari Makan.

Cassidy Anderson

Cassidy mula viral di Malaysia setelah video nyanyiannya Ombak Rindu meletup-letup pada tahun 2012. Walaupun boleh dianggap fasih menyanyi dalam bahasa Melayu, Cassidy mengakui “saya belum fasih” bahasa Melayu.

BACA NI>  Atlet Luar Biasa

Ben Bradshaw

Sebelum Mat Dan, Rhys William dan Cassidy Anderson ‘viral’ di media sosial, Ben Bradshaw menambat hati warga siber menerusi video-videonya di YouTube, bukan saja menerusi pertuturan bahasa Melayu, tetapi juga mengajar bahasa Inggeris dan cara sebutannya yang betul.

Belacan Dan Paku

Duo ini dikatakan perintis dan satu-satunya ‘Mat Saleh’ yang muncul dalam video berbahasa Melayu secara berpasangan. Yang menariknya, dua jejaka Amerika Syarikat itu menggelarkan diri mereka Belacan dan Paku.

Menerusi video-video mereka, si Paku kononnya langsung tidak tahu berbahasa Inggeris dan hanya berbahasa Melayu, manakala si Belacan pula sering menggunakan perkataan ‘lah’ pada hujung setiap ayat yang disampaikan. Uniknya, mereka memilih merakam video-video lucu dalam bahasa Melayu. Sekitar 10 video dimuat naik dalam akaun YouTube mereka.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here