Letak Apa Saja Lauk Sepinggan Tetap RM5.90 Sahaja Di Restoran Cikgu

Dapatkan berita viral setiap hari:

Baru-baru ini viral sebuah restoran yang mengekalkan harga RM5.90 sepinggan walaupun lauk pauk yang diambil sepatutnya berharga lebih dari itu. Tambahan pula, air cordial diberi secara percuma, serta boleh ditambah lagi jika habis diminum.

Restoran yang dimaksudkan adalah Restoran Cikgu yang terletak di Amanjaya, Kedah. Beberapa hari selepas viral, restoran tersebut terpaksa tutup lebih awal dari kebiasaan kerana kehabisan lauk pauk!

Inilah yang harus dicontohi. Namun, netizen diingatkan agar tidak terlalu tamak sehingga berlakunya pembaziran lauk tidak habis dimakan.

Kata Farid:
“Puas hati betul. Lauk boleh ambil banyak. Masakan pun sedap. Bayangkan ikan keli bakar yang saya ambil ni saiz besar. Ini standart biasa adalah dalam RM8 lebih sepinggan.

Bukan itu saja, saya pun ceduk lagi gulai ikan kembung dengan bendi. Sayur lemak petola. Sayur taugeh. Sambal. Pergh, memang mantaplah.

Sengaja saya ambil tak banyak lauk sangat, nanti nampak macam kebulur sangat pula.  šŸ˜

TuanĀ² PuanĀ², kedai macamni wajib kita share. Kongsikanlah supaya ramai support perniagaan mereka.”

Restoran Cikgu Amanjaya
Lokasi: 62, Lengkok Cempaka 2, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
Operasi: Setiap hari 9 pagi – 6 petang
Hubungi: 017-6635059

BACA NI>  Sawah Padi Tebing Berbunga

Sekiranya anda tahu kedai, gerai atau restoran yang sebegini, PM kami supaya boleh kami hebahkan!

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here