Lebih Jimat Bawa Kenderaan Sendiri Ke Langkawi

Langkawi RORO
Dapatkan berita viral setiap hari:

Seorang netizen Mohd Khairol Haswadi menceritakan pengalamannya membawa kenderaan sendiri ke Langkawi.

Cerita Khairol:

Minggu lepas kami ke Langkawi 4 hari 3 malam. Ni first time bawa kereta naik feri ke sana, naik dari jeti Kuala Perlis.

Ada dua syarikat perkhidmatan feri angkut kenderaan untuk ke Langkawi, iaitu Langkawi Auto Express dan Ro-Ro. Kami pilih Langkawi Auto Express. Masa perjalanan dalam 2 jam (berbanding 1jam15min jika dengan feri penumpang).

Kos terlibat:
Tambang pergi-balik:
– Kereta Sedan, 1.6cc : RM300 (booked online)
– Dewasa x 1 : RM36 (Driver free je)
– Kanak2 x 2 : RM52

Jumlah: RM388 bersih

Kalau nak bandingkan dengan naik feri penumpang:
1) Tambang feri pergi balik:
– Dewasa x 2 : RM72
– kanak2 x 2 : RM52
2) Parking kereta di jeti : RM10 x 4 = RM40
3) Sewa Kereta di Langkawi : RM100 x 4 = RM400

Jumlah: RM564

✔ Jika pergi 3 hari 2 malam pun masih lagi jimat dengan bawa kereta sendiri.
✔ Lagi kecil cc kereta, sedan, lagi murah harga tiket
✔ Tak perlu beratur panjang, jalan jauh2. Hanya duduk dalam kereta tunggu check in.
✔ Beli barang kat Langkawi pun tak perlu risau dengan beg akan berat dan susah nak bawa.
✔ Tempat duduk penumpang dalam feri ni amat selesa, luas dan tak akan penuh. Ada meja, ada gerai, anak2 boleh berlari2. 
✔ Boleh bebas lepak2 di dek, bergambar di puncak feri dengan menikmati permandangan.

BACA NI>  Akim Dah Beberapa Kali Naik Podium Pemenang

Jika nak gunakan perkhidmatan RoRo atau Auto Express ni, pastikan tempah awal2, seawal tempahan dibuka (dalam 1-2 bulan sebelum tarikh), sebab ianya akan cepat je sold-out.

Tempah di Langkawi Auto Express

Tempah di RORO

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here