Kesesakan Sewaktu Ambil Anak Dari Sekolah

Dapatkan berita viral setiap hari:

Seorang netizen yang juga seorang guru meluahkan rasa kesal terhadap ibu bapa dan penjaga yang datang dengan kenderaan untuk mengambil anak-anak mereka dari sekolah. Yang memburukkan keadaan adalah apabila mereka memparkir kenderaan betul-betul di hadapan pintu masuk sekolah. Bayangkan ramai yang berbuat demikian. Ini menyebabkan kawasan tersebut sesak dan lalu lintas terganggu.

Luahan Mohd Fadli:

“KENAPA langsung tak nak parking jauh sikit dari pagar sekolah?

Aku tanya sungguh-sungguh hati ni. Bukan gurauan. Dah kenapa semua orang nak parking betul-betul depan pagar sampai double triple parking lagi.

MENYUSAHKAN orang ramai nak lalu lalang tahu tak?

Tahu tak kalian, anak-anak kalian sangat suka berlari, berjalan dan sangat aktif dalam sekolah. Dah tu kenapa perlu parking betul-betul depan pagar sekolah hingga buatkan jalan raya sesak teruk setiap kali anak-anak datang dan pulang?

Parking je jauh sikit kenapa pun? Anak-anak tak kisah la berjalan jauh sikit nak ke kereta.

Aku tahu pasti akan ada yang kata, ‘Nanti anak saya cari kereta saya tak jumpa.’

BACA NI>  Bil Letrik Ribu Riban Ngalahkan Hotel

Aduh bang. Alasan lapok la. 🤦‍♂️

Kau park jauh sikit, kemudian pergi jalan kaki ambil anak depan pagar sekolah. Apa masalah? Masalahnya kau tu yang malas nak berjalan.

Eh, berjalan ni menyihatkan tubuh badan tau. Paling best, moment kita berjalan beriringan dengan anak ke kereta itu pasti akan menjadi memori manis kita suatu hari nanti.

Banyak benda boleh dibualkan bersama semasa berjalan berdua itu. Pasti ada kisah yang anak cerita kau akan ingat sampai mati.

Aku lama dah perhati, yang menyusahkan orang ni yang double, triple park ni biasanya geng lambat.

Parent lain yang datang awal bagus je susun kereta sebaris depan pagar sekolah sehingga. 200-300 meter dari pagar sekolah pun ada.

Bagus mereka ni. Dah la datang awal, mereka disiplin susun kereta elok-elok.

Datang geng lambat ni lah punca utama biasanya. Mereka dah la lambat, potong que orang lain pula, dah tu menyusahkan penggunaan jalan raya yang lain pula.

Sudah-sudah la bawa sikap macam tu. Sudah-sudah la nak pentingkan diri sendiri. Sudah-sudah la menyusahkan orang lain.

BACA NI>  Siswa UTM Memprotes Kenaikan Yuran Pengajian

Tahun Baru, kita bina baru. Buang budaya lama yang tidak elok, kita pakat kenalkan budaya yang lebih positif dan murni.

Dan ingatlah…

Saat kita nak ambil anak pulang dari sekolah, tolong ingat anak-anak kita memang suka berjalan. Bukan saja dapat menyihatkan badan, bahkan memori berjalan bersama anak itu pasti diingati kita dan mereka.

Mulakan hari ini. Kita betulkan yang biasa, kita biasakan yang betul.”

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here