Dapatkan berita viral setiap hari:

Hampir 40% Sampel Makanan Di Bazar Ramadhan Di dapati Tercemar!

Bazar Ramadhan merupakan tumpuan semua masyarakat untuk mendapatkan juadah berbuaka puasa. Bagaikan pesta yang di nanti nantikan setiap tahun, seluruh negara akan meriah dengan Bazar Ramadhan pada setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Bagi peniaga, bulan Ramadhan bagaikan limpah rahmat yang mendatangkan rezeki.

Walaupun kesedaran dalam menjaga kebersihan makanan sudah wujud dalam kalangan penjaja, namun jumlah sampel makanan tercemar yang diambil masih mencatatkan jumlah yang tinggi.

Pada 2015, daripada 1,005 sampel makanan yang diambil, sebanyak 346 sampel atau 34.4 peratus didapati gagal menepati standard kebersihan makanan manakala pada tahun 2016, 229 (38.8 peratus) daripada 590 sampel makanan juga tercemar.

Mengimbau beberapa kes keracunan makanan yang serius beberapa tahun lalu:

  • 2016 – 24 orang keracunan selepas makan Roti John
  • 2015 – 64 orang keracunan selepas makan Nasi Tomato
  • 2015 – 39 orang keracunan selepas makan Nasi Kerabu Ayam
  • 2015 – 5 orang keracunan selepas makan Ayam Percik
  • 2014 – 18 orang keracunan selepas makan Roti John

Menu yang disediakan awal seperti Roti John (yang siap di bungkus), serta juadah yang berunsurkan ayam paling kerap menyebabkan keracunan makanan.

Kebiasaanya ia berpunca dari kaedah amalan pengendali makanan yang menyediakan makanan terlalu awal serta pembeli yang menyimpan makanan untuk makan lewat malam atau sahur tanpa penyimpanan yang betul pula menggalakkan mikroorganisma yang ada dalam makanan membiak.

Jangan Sayang Nak Buang Makanan Yang Dirasakan Tercemar

Kadang kala, apabila sedang makan makanan yang dibeli di luar, hati sudah terdetik bahawa makanan tersebut terrasa “lain” dari segi bau dan rasa. Namun dek kerana berasa ‘sayang’ kepada makanan yang telah dibeli, kita terus menjamah makanan tersebut.

BACA NI>  Sarapan Atau Sahur Sihat Dengan Overnight Oats

Kesannya, beberapa jam kemudian pesakit mula muntah teruk, diikuti dengan sakit perut memulas sehingga terpaksa berulang alik ke tandas sehingga lembik.

“Cirit sehingga hanya keluar air sahaja, tiada isi perut yang tinggal” itu apa yang biasa pesakit katakan.

Lebih memburukkan keadaan, jika keadaan semakin teruk dan lewat mendapatkan rawatan, tubuh mengalami dehidrasi dan semakin lesu. Akibat dehidrasi teruk, badan akan menghasilkan asid lalu boleh menyebabkan komplikasi yang lebih terus sehingga boleh meneybabkan kematian.

Oleh yang demikian, amat penting untuk masyarakat mengetahui beberapa informasi berikut untuk memastikan, anda bebas dari sebarang kejadian makanan tercemar sepanjang ramadhan ini.

Apakah Faktor Risiko dan Punca Kes Keracunan Makanan Semasa Bulan Ramadhan?

Faktor risiko yang dikenalpasti menyumbang kepada kejadian keracunan makanan adalah:

  1. Tiada bekalan air selamat.
  2. Mendapatkan bekalan air dari tandas awam.
  3. Keadaan sekeliling yang tidak sanitari seperti di tepi longkang, jalanraya, tempat buang sampah awam atau tandas.
  4. Pengendali makanan yang tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.
  5. Pengendali makanan tidak mendapatkan suntikan pelalian tifoid.
  6. Tahap pengetahuan mengenai pengendalian makanan selamat yang rendah.
  7. Sikap pembeli yang tidak menghiraukan keselamatan makanan dan tidak memilih gerai yang bersih boleh mengakibatkan kejadian penyakit bawaan makanan.
  8. Amalan pengendali makanan yang menyediakan makanan terlalu awal serta pembeli yang menyimpan makanan untuk makan lewat malam atau sahur tanpa penyimpanan yang betul pula menggalakkan mikroorganisma yang ada dalam makanan membiak.
BACA NI>  Hati-Hati Di Pasar Malam Golden Hills Cameron Highlands

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Jika Mengalami Gejala Keracunan

Perkara penting jika anda mengalami gejala keracunan makanan adalah memastikan tubuh badan tidak dehidrasi.

• Gunakan ORS (Oral Rehydration Salt) atau di kenali dengan nama air garam kerana ORS dapat membantu tubuh badan mengantikan air dan garam yang telah hilang.
• Minum air dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
• Elakkan minum minuman berkarbonat seperti 100 Plus.
• Bagi kanak kanak, boleh beri sebarang minuman yang mereka suka asalkan mereka mahu minum.
• Dapatkan pemeriksaan lanjut di fasiliti kesihatan, doktor akan meneliti status air dalam badan dan menentukan sama ada anda perlu di drip atau memerlukan rawatan lanjut di hospital.

Di antara tip-tip pengendalian makanan yang selamat ialah:

  1. Sentiasa menjaga kebersihan diri dengan basuh tangan setiap kali sebelum mengendalikan makanan atau dengan secara kerap semasa menyediakan makanan.
  2. Basuh dan bersihkan permukaan dan peralatan untuk penyediaan makanan.
  3. Lindungi kawasan dapur daripada serangga, makhluk perosak dan haiwan lain.
  4. Pisahkan makanan mentah dari makanan yang telah dimasak untuk elakkan pencemaran silang.
  5. Masak makanan atau panaskan makanan secara menyeluruh dengan sempurna
  6. Pastikan suhu makanan selamat, dengan tidak membiarkan makanan yang telah masak di bawah suhu bilik melebihi daripada 4 jam.
  7. Pastikan makanan yang telah dimasak sentiasa panas (lebih daripada 60°C) sebelum dihidangkan.
  8. Jangan simpan makan terlalu lama dalam peti sejuk.
  9. Gunakan air dan bahan mentah yang segar dan selamat
  10. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya yang dimakan mentah.
  11. Jangan gunakan makanan selepas tamat tempoh.
BACA NI>  Jangan Hanya Membawang Di Media Sosial, Laporkan Penghinaan Agama Kepada Unit Khas JAKIM

LAPORKAN! LAPORKAN! LAPORKAN!

Jika anda mendapati jualan makanan di Bazar Ramadhan tidak menepati peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, atau anda terlah terainaya dengan membeli makanan yang telah busuk, laporkan masalah anda ke pejabat kesihatan terdekat. Pemeriksaan lanjut akan di lakukan oleh pihak kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.

Semoga laporan anda dapat membantu siasatan agar masyarakat kain tidak terainanya.

SENARAI AGENSI BERKAITAN

Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E10, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Tel: 03-88834527
Faks: 03-88834150

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Aras 3, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Malaysia
Tel: 03-88833558
Faks: 03-88893815

Bahagian Kesihatan Persekitaran
Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 25 – 29, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya, Malaysia.
Tel: 03-88913373
Faks: 03-88913098

Jabatan Kesihatan Negeri dan Daerah:

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Jabatan Kesihatan Negeri Johor
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Jabatan Kesihatan WP Labuan

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here