Jangan Hanya Membawang Di Media Sosial, Laporkan Penghinaan Agama Kepada Unit Khas JAKIM

Dapatkan berita viral setiap hari:

Baru-baru ini kerap kita dengar kes-kes penghinaan terhadap agama Islam, Nabi Muhammad S.A.W khasnya, oleh individu tidak bertanggungjawab. Hinggakan ke tahap melampaui batas dengan memuat naik karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil inisiatif dengan melancarkan talian hotline untuk melaporkan hal-hal sedemikian.

UNIT PEMANTAUAN ISU HINA ISLAM JAKIM

Satu unit memantau tindak-tanduk pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah ditubuhkan oleh pihak JAKIM berikutan tindakan menghina Nabi junjungan umat Islam, Muhammad SAW dan perbuatan mempermainkam agama Islam semakin berleluasa.

Inisiatif ini bertujuan memantau penulisan atau provokasi yang bersifat menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam di semua platform media termasuk media sosial.

Meskipun JAKIM sebelum ini telah mempunyai Unit Kawalan Media di bawah Bahagian Penyelidikan JAKIM berfungsi memantau isu-isu agama untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), namun perkara itu tidak memadai dan ia perlu diperkemaskan dengan lebih tegas supaya pemantauan secara 24 jam dapat dilakukan.

BACA NI>  Elakkan Membazir Berbelanja Membeli 3 Item Ini!

Kepada orang ramai, sekiranya mempunyai sebarang maklumat atau aduan, sila whatsapp segera ke talian hotline 010-3005260 @ http://AduanJAKIM.wasap.my atau emelkan kepada aduan@islam.gov.my.

Negara kita mempunyai undang-undang. Pihak yang bersalah mesti dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here