Inisiatif Kantin Sekolah Ini Harus Ditiru

Dapatkan berita viral setiap hari:

Pemakanan anak perlu dititikberatkan. Minda yang cerdas memerlukan pemakanan seimbang dan nutrien penting. Apa yang dilakukan ini membantu kanak-kanak mendapat sajian yang berkhasiat di sekolah.

Bagi murid sekolah,  cara penyediaan makanan ini praktikal dan memudahkan. Perkongsian seorang ibu, Salehah Ariffin tentang sistem penyediaan makanan di kantin sekolah anaknya sangat menarik.

Masa makan semasa waktu rehat juga lebih efisien di mana anak tidak perlu membawa wang saku dan masalah wang tercicir disekolah boleh dielakkan.

Tempat duduk tersedia dan tidak perlu beratur membeli makanan. 20 minit waktu rehat dimanfaatkan untuk makan sahaja. Risiko kehilangan atau keciciran wang dapat dikurangkan.

Inisiatif pihak sekolah dan pengusaha kantin ini memudahkan. Anak-anak mendapat makanan berkhasiat sewaktu di sekolah setiap hari. Pilihan menu sesuai dengan keperluan kalori mengikut umur kanak-kanak.

Ibu ini turut menjelaskan yang program inisiatif Hidangan Berkhasiat di Kantin Sekolah dibayar setiap bulan oleh ibu bapa kepada pihak kantin sekolah. Sebanyak RM3 termasuk air setiap kali makan dan terbuka kepada semua. Kantin masih menjual seperti biasa.

Komen Facebook
BACA NI>  Hati-Hati Di Pasar Malam Golden Hills Cameron Highlands
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here