Ganti MyKad Secara Online

Dapatkan berita viral setiap hari:

Kepada yang mempunyai isu berkenaan MyKad, korang boleh berurusan secara online!

Hanya 4 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan bagi sistem ini iaitu:

  1. Gantian kad rosak
  2. Gantian cip rosak
  3. Gantian biasa (menaiktaraf cip dari 32k/64k ke 80k)
  4. Gantian disebabkan kehilangan

Waktu operasi Sistem Gantian MyKad atas talian JPN adalah seperti berikut:

  • Isnin hingga Jumaat: 8.00 pagi hingga 4.30 petang
  • Sabtu dan Ahad: Sistem ditutup
  • Cuti Umum: Sistem ditutup

Pembayaran melalui kad debit dan kad kredit sahaja.

Tempoh masa kutipan MyKad bagi transaksi permohonan online yang berjaya adalah berbeza bergantung kepada pilihan pusat kutipan seperti berikut:

  • Selepas tempoh 30 minit di Ibu Pejabat JPN W.P. Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC
  • Selepas tempoh 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia
  • Selepas tempoh 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak

Hanya individu yang juga pemilik MyKad yang dipohon sahaja dibenarkan untuk mengambil MyKad di kaunter JPN menerusi sistem ini.

BACA NI>  Bil Letrik Ribu Riban Ngalahkan Hotel

KLIK SINI Untuk Ke Sistem Gantian MyKad Online

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here