Sila ambil cuti dan rehatkan minda sekiranya anda mengalami gejala berikut:
❎ Sentiasa penat
❎ Masalah tidur
❎ Tak seronok untuk datang kerja
❎ Tiada motivasi untuk bekerja
❎ Buat-buat sibuk
❎ Tiada lagi kualiti kerja
❎ Sering ambil MC
❎ Sering marah marah
❎ Sakit badan dan sendi
Fenomena “Burnout” boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental.
Burnout adalah keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan. Dalam kebanyakan kes burnout, berpunca daripada faktor kerja.
📛 Beban kerja yang terlalu banyak dan tidak boleh menampung daripada segi fizikal menyebabkan rasa letih dan lesu.
📛 Bekerja terlalu kuat tanpa rehat dan bersosial.
📛 Tidak cukup tidur.
📛 Kurang sokongan daripada segi perhubungan sesama rakan sekerja, majikan dan keluarga.
📛 Wujudnya rasa bosan terhadap kerja yang dilakukan.