Fauzi Nasi Kerabu Paling Sedap Di Dunia

Fauzi Nasi Kerabu
Dapatkan berita viral setiap hari:

Fauzi Nasi Kerabu Dinobatkan Nasi Kerabu Paling Sedap Di Dunia!

Nasi kerabu merupakan makanan berasal dari Pantai Timur. Biasanya ia dijadikan sarapan pagi kerana rakyat Pantai Timur gemar memakan nasi pada waktu pagi.

Kini, nasi kerabu semakin dikenali di seluruh dunia malah nasi kerabu paling sedap di dunia berada di Terengganu, Malaysia.

Fauzi Nasi Kerabu diiktiraf sebagai nasi kerabu paling sedap di dunia oleh The World Street Food Congress 2017 yang diadakan di Manila, Filipina. Kedai itu menduduki tempat ke 23 daripada 50 restoran street food terbaik dunia.

Pemilik Fauzi Nasi Kerabu, Mohd Fauzi Mat Salleh berkata, pengiktirafan itu merupakan sesuatu yang luar biasa untuknya kerana dia menyangka orang luar tidak menyukai makanan tempatan Malaysia.

Fauzi yang masih lagi terkejut dengan pencapaian terbesar dalam hidupnya selama 20 tahun berniaga itu bersyukur serta bangga dengan berita ini yang dianggap sebagai hadiah hari raya paling berharga untuk dirinya dan juga isteri.

Fauzi Nasi Kerabu

Lokasi: Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (sederet dengan Kedai Buku Banggol)
Operasi: 7am – 12pm
Hubungi: 012-9879821

Komen Facebook
BACA NI>  Inisiatif Kantin Sekolah Ini Harus Ditiru
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here