Elakkan Data Peribadi Terdedah Kepada Pencuri Maya

Dapatkan berita viral setiap hari:

Tahu tak segala data yang kita isi dalam borang online boleh di’ambil’ oleh pihak ketiga sekiranya laman itu tidak encrypted? Data peribadi seperti nama, alamat, email, password dan sebagainya antara maklumat dikehendaki borang-borang online di laman-laman web, terutamanya online banking. Bayangkan ia jatuh ke pihak yang tidak bertanggungjawab!

Memperkenalkan Mod Incognito!

Anda boleh cuba menghalang laman web daripada menyimpan sesuatu maklumat melalui tetapan privasi, memadam cache dan mematikan cookies. Namun, melayari web menggunakan mod incognito akan menghalang komputer daripada menyimpan maklumat ini dari awal lagi!

Anda boleh melayari pelbagai laman web, membuat carian dan mengklik imej serta pautan tanpa menyimpan sebarang data. Sesiapa yang berkongsi komputer dengan anda selepas itu tidak dapat melihat sejarah pelayaran (browsing history) atau sebarang terma yang anda gunakan dalam carian.

Untuk sebahagian besar pelayaran, mod incognito tidak menyimpan sebarang cookie namun ada sesetengah laman masih menyimpannya ketika anda sedang melayari Internet tetapi ia akan dipadam setelah anda menghentikan sesi incognito atau setelah pelayar web ditutup.

BACA NI>  Cubaan Berniat Jahat Di Hentian Lebuhraya

Untuk browser Chrome, klik ikon tiga titik di bahagian atas kanan, pilih ‘New Incognito Window’. Atau gunakan shortcut CTRL + SHIFT + N

Untuk browser Firefox, klik ikon di bahagian atas kanan, pilih ‘New Private Window’. Atau gunakan shortcut CRTL + SHIFT + P

Untuk browser Internet Explorer (IE 8 ke atas sahaja), klik Settings > Safety > InPrivate Browsing. Atau gunakan shortcut CTRL + SHIFT + P

Untuk browser Safari, gunakan shortcut COMMAND + SHIFT + N

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here