Duit Palsu Not Kecil RM20

Duit Palsu
Dapatkan berita viral setiap hari:

Selalu kita dengar kes duit palsu melibatkan not duit besar seperti Rm50 atau RM100. Terbaru di Kubang Kerian, terdapat kes dimana duit palsu yang dijumpai bernilai kecil not RM20.

Cerita netizen:
“Dulu-dulu kita fikir RM50-RM100 je palsu. Kita kata apalah mudah sangat orang kena tipu. Sekali kena pada kita sendiri.

Kali ni kena di KUBANG KRIAN. Pekerja jualan memang tak kan perasan kalau tak diberi maklum awal. Salah satu kiosk retail CFS terima duit palsu beberapa hari lepas.

Warna sama seakan-akan original.
Tekstur hampir sama.
Kalau pegang acuh tak acuh memang lepas pandang.
HATI-HATI tuan/puan.

Begini ceritanya, beberapa hari lepas, akaun colsing macam biasalah. Kira apa patut, kira jumlah not. Semua lulus.

Esok pagi owner pergi CDM tapi duit tak dapat masuk. cuba 8× tak lepas-lepas jugak. Jarang berlaku duit liat nak masuk CDM,sekadar 2-3x ini normal.

Tapi sebab dia nak rush balik office, just buat report jelah sekeping RM20 tak dapat bankin CDM.

Wang kertas ni mula CFS tahu bila nak pergi CDM lagi sekali petang tu.

Baru perasan ada benda pelik pada wang kertas ni.

Sekali DUIT PALSU..

Tapi ada beberapa cara kita boleh kenal.

1. Jalur biru bersinar yang silang atas bunga raya malap.

2. Tekstur sedikit lembut, kalau wang ori ada lebih keras.

3. Tiada Gambar Agung Pertama di dalam wang. Nak tahu duit ori ke tidak boleh hala pada sumber cahaya, akan timbul bayangan bentuk dalam wang kertas. Dia tak timbul di permukaan tetapi di dalam.

Mohon SEBARKAN supaya saudara-mara kita dapat elak dari terkena sekali.”

Komen Facebook
BACA NI>  Ayam Tak Sembelih Sempurna Di SK Kepala Batas
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here