Cubaan Berniat Jahat Di Hentian Lebuhraya

Dapatkan berita viral setiap hari:

Sila berhati-hati terutama kepada pengguna motorsikal atau kereta yang berseorangan di hentian R&R. Ada sindiket yang menyamar sebagai penarik kenderaan.

“Cubaan menge’pow’/berniat jahat/membuat onar:

Tadi otw balik dari utara ke shah alam, lebih kurang jam 2:30 petang. Solo ride dengan isteri dari kampung ke shah alam. Berhenti rehat di Shell, RNR Tapah arah selatan sebab mengantuk lepas makan tengah hari. Kereta agak banyak keluar masuk pam minyak masa tu.
Sambil duduk atas moto dan minum air, tiba2 didatangi seorang lelaki melayu (1) berkepala botak agak berisi dalam lingkungan usia 40-50 tahun dan seorang lagi seperti lelaki india/mamak (2).
Lelaki (1) tu tegur: assalamualaikum bang.
Sambil memerhati moto atas ke bawah.
“Moto abang ni ada sangkut bank.”
Saya senyum je dan membalas, “abang salah orang ni”.
Lelaki (2) tu dengan suara agak keras, “abg buat aeon kredit kan? Kami cek dalam sistem, ada sangkut bank. Kami nak tarik.”
Saya cakap elok-elok, “minta maaf bang, abang salah orang ni. Saya beli cash.”
Lelaki (2) buat muka tak puas hati. “Kejap kami cek”. Lelaki (1) masih tunggu kat moto.

BACA NI>  Penganiayaan Pusat Asuhan

Dipendekkan cerita, lelaki (1) slowly bergerak ke arah kereta. Ada sorang lagi dlm kereta + lelaki (2). Dalam 2-3 minit dia mundar-mandir di kereta, semua masuk kereta dan pergi dari shell. Bergerak ke arah tempat makan. Bukan ke arah hiway tapi melawan arus.

Kesimpulannya, Rakan2 yg solo ride, berhati2 dengan org sekeliling. Nampak macam dia cari yang bukan berkumpulan. Nasib tak baik, mungkin kita jadi mangsa sebab akan ada org yang akan cuba mengambil kesempatan.

Kereta yang digunakan: PROTON EXORA, AHB 7447”

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here