Cara Untuk Berhenti Merokok Di Bulan Ramadan

Dapatkan berita viral setiap hari:

Menurut kajian terhadap perokok di kalangan lelaki Melayu Islam, paras nikotin yang dikesan di dalam air liur semasa bulan Ramadhan adalah jauh lebih rendah berbanding bulan-bulan lain. (Rujukan: Ismail S, Abdul Rahman H, Abidin EZ, et al. The effect of faith-based smoking cessation intervention during Ramadan among Malay smokers. Qatar Med J. 2017;2016(2):16. Published 2017 Feb 7. doi:10.5339/qmj.2016.16)

Ada 2 kaedah rawatan terapi gantian nikotin yang mampu membantu untuk anda berhenti merokok di bulan Ramadan ini.

1. Pelekat Nikotin

Gunakan pelekat nikotin sepanjang hari semasa berpuasa. Kajian menunjukkan penggunaan pelekat nokotin semasa Ramadan berjaya membantu perokok untuk berhenti merokok dengan kejayaan sehingga 67.5%. Tak perlu bimbang, penggunaan pelekat nikotin ini tidak membatalkan puasa.

2. Gula Getah atau Lozeng Nikotin

Selepas berbuka puasa, kunyahlah gula getah atau lozeng nikotin ini. Gunakannya setiap 2 jam. Nikotin yang terdapat dalam gula getah atau lozeng ini akan mengurangkan gejala ketagihan kepada rokok. Teruskan mengambil rawatan ini selepas Ramadan berakhir. Kurangkan pengambilan rokok secara berperingkat.

BACA NI>  Tips Pengambilan Air Mencukupi Sepanjang Ramadhan

Boleh dapatkan produk-produk ini di farmasi-farmasi terdekat #SisTakJual 🤪

Admin amat berharap kita sama-sama memberi sokongan kepada para perokok tegar untuk berhenti merokok 🙏🏼

Bulan Ramadan adalah peluang terbaik. Rawatan ini telah terbukti berkesan!

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here