Bone X Raih Naib Johan Di Kejohanan Dunia

Dapatkan berita viral setiap hari:

Pemilik Eastern Bobber Garage, Omar Jumiran, anak kelahiran Klang, meraih tempat kedua di dalam Kejuaraan Dunia Pembinaan Motosikal Custom AMD yang berlangsung di Cologne, Jerman.

Bone X, motorsikal binaan Omar, melibatkan pelaburan melebihi RM30,000. Ianya mencuri hati juri-juri dengan keunikan serta keringkasan konsepnya. Bersalut krom, segala fungsi mekanikal motosikal terutama di bahagian sistem gantungan diserlahkan sebagai satu hasil seni.

Omar merupakan satu-satunya peserta dari Malaysia yang bertanding di dalam acara itu. AMD World Championship dianjurkan oleh majalah AMD dan acara itu mendapat publisiti yang maksimum di dalam dunia motosikal Eropah kerana ia dilangsungkan sekali dengan Intermot. Cara penjurian juga unik kerana penghakiman motosikal dilakukan oleh mereka yang bertanding, dan dibantu oleh beberapa hakim VIP dari industri tersebut.

Tahniah!

Komen Facebook
BACA NI>  Layanan Istimewa Security Guard
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here