Bolehkah Merakam Bila Ditahan Polis?

Dapatkan berita viral setiap hari:

Seringkali apabila kita mahukan sesuatu bahan bukti atau membuktikan sesuatu kejadian, kita akan keluarkan telefon bimbit dan rakam atau ambil gambar. Namun, adakah menjadi kesalahan sekiranya merakam anggota polis bila ditahan di lebuh raya atau sekatan jalan raya?

Tiada Undang-Undang Yang Menghalang Rakaman Di Khalayak Ramai

Sebenarnya tiada undang-undang di Malaysia yang menghalang sesiapa dari mengambil gambar atau merakam video siapa sahaja di khalayak ramai. Namun, anda tidak boleh merakam gambar yang tidak senonoh atau yang boleh merosakkan reputasi mereka.

Seksyen 509 Kanun Keseksaan menyatakan:

“Whoever, intending to insult the modesty of any person, utters any word, makes any sound or gesture, or exhibits any object, intending that such word or sound shall be heard, or that such gesture or object shall be seen by such person, or intrudes upon the privacy of such person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to five years, or with fine, or with both.”

Tetapi, bagaimana pula sekiranya seseorang menyalahguna kuasa atau mengancam untuk menyakiti anda? Sudah tentu anda mahu merakam untuk dijadikan sebagai bahan bukti sewaktu membuat laporan polis. Tiada sekatan untuk anda merakam asalkan tidak mengganggu privasi seseorang.

BACA NI>  Tahu Tak Boleh Claim MIB Sekiranya Dilanggar Kenderaan Yang Tiada Insurans

Pihak Polis Tidak Terkecuali

Walaupun pihak polis dilihat sebagai pihak berkuasa, tidak ada undang-undang yang melarang anda merakam mereka. Jadi, sekiranya anda dihentikan di roadblock atau mana-mana tempat yang anda rasakan tidak dibenarkan, anda berhak merakam keseluruhan kejadian antara anda dan pegawai berkenaan.

Walaubagaimanapun, ini tertakluk kepada 3 syarat:

1. Perbuatan rakaman tidak boleh mengganggu pegawai polis yang menjalankan tugasnya.

Jika pegawai polis sedang menjalankan siasatan, anda dilarang merakam sekiranya ia boleh menjejaskan keseluruhan siasatan. Jika rakaman anda boleh mengalih perhatian atau mengganggu pegawai dari menjalankan tugasnya, dia berhak meminta anda menghentikan rakaman.

Sebagai contoh, jika anda diberhentikan oleh seorang pegawai polis di tengah malam dan dia ingin memeriksa kereta anda, anda tidak boleh menghalangnya dari berbuat demikian, aksi anda merakam tidak sepatutnya mengganggu siasatan pegawai berkenaan.

2. Anda perlu memaklumkan kepada pegawai berkenaan bahawa anda ingin merakamnya.

Adalah lebih baik untuk memaklumkan kepada pegawai bahawa anda akan merakam perbualan antara dia dan anda.

3. Jangan memfitnah pihak polis.

Kebanyakan rakaman yang melibatkan pegawai polis akan berakhir di media sosial. Jika anda membuat keputusan untuk berkongsi rakaman anda, sebaiknya tanpa sebarang komen yang melebih-lebih. Membuat sebarang kesimpulan atau menambah apa-apa tafsiran lain mungkin akan menimbulkan masalah kepada anda, dan boleh dianggap memfitnah polis. Sekiranya nak berkongsi, adalah lebih baik berkongsi fakta tentang apa yang berlaku sahaja.

BACA NI>  Aduan Yang Boleh Dibantu Di Bawah Bidang Kuasa KPDNHEP

Jadi, katakan anda ditahan dan merasakan ia tidak wajar, dan anda merakam keseluruhan kejadian, anda mungkin sedang tertanya…

Bolehkan Rakaman Digunakan Sebagai Bukti Di Mahkamah?

Katakanlah, dalam senario itu, pegawai itu meminta anda untuk membayar sogokan atau menuduh anda sesuatu yang tidak benar. Dalam keadaan seperti ini, anda mungkin ingin melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi. Nyata sekali anda memerlukan sesuatu bukti untuk mempunyai kes yang kukuh terhadap pegawai polis berkenaan.

Jadi persoalannya, jika anda telah merakam pegawai polis yang meminta rasuah itu, bolehkah ia digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah? Untuk menjawab soalan ini, lihat Akta Keterangan 1950.

Seksyen 3 dalam Akta menyatakan apa sahaja “dokumen” boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah.

“evidence” includes—
(a) all statements which the court permits or requires to be made before it by witnesses in relation to matters of fact under inquiry: such statements are called oral evidence;
(b) all documents produced for the inspection of the court: such documents are called documentary evidence;

Tetapi, apa sebenarnya yang ditafsirkan sebagai “dokumen”? Seksyen 3 juga menyatakan:

BACA NI>  Store Set A Minimum Amount For Card Payments

“document” means any matter expressed, described, or howsoever represented, upon any substance, material, thing or article, including any matter embodied in a disc, tape, film, sound-track or other device whatsoever, by means of—
(b) any visual recording (whether of still or moving images);
(c) any sound recording, or any electronic, magnetic, mechanical or other recording whatsoever and howsoever made, or any sounds, electronic impulses, or other data whatsoever;

Jadi, pada dasarnya apa sahaja rakaman, sama ada audio atau visual, malah gambar sahaja masih boleh dianggap sebagai bukti yang boleh dibawa ke mahkamah. Walaubagaimanapun, beringat apabila merakam perbualan anda dengan polis. Adalah lebih baik jika anda bersikap sopan dan tidak menggunakan kekerasan dalam bersuara, ia mungkin boleh dianggap sebagai mengancam pihak pegawai berkenaan.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here