Betulkah Bebola Daging Meatball IKEA Kottbullar Mengandungi PORK?

Dapatkan berita viral setiap hari:

Beberapa hari lepas selepas pembukaan IKEA cawangan Batu Kawan, Pulau Pinang, sibuk orang ramai menyebarkan berita kononnya bebola daging meatball berjenama KOTTBULAR dari IKEA Malaysia HARAM kerana mengandungi PORK di dalam label produk.

Atas dasar tanggungjawab, kami perlu maklumkan di sini yang produk ini HALAL. Ini berdasarkan:

1. Kenyataan rasmi wakil IKEA di Utusan Online.
Sila rujuk: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bebola-daging-kottbullar-halal-ikea-1.864348

2. Semakan HALAL di laman web JAKIM mengesahkan status HALAL produk bebola daging lembu, bebola daging dan bebola daging kembu beku adalah disahkan HALAL oleh JAKIM.
Sila rujuk : http://www.halal.gov.my/v4/directory/slm_viewdetail.php?comp_code=COMP-20050701-153950&type=C&fbclid=IwAR15OBuuqK-2dOufOZ5sWgtLZ8ofH6Hf6cVFPzln3WkA5s7rpBdkmVExl3Q

Kenyataan wakil IKEA

Pengurus Dapur Ikea Batu Kawan, Muhammad Rizal Sunalim berkata, produk tersebut juga telah mendapat pengesahan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Namun katanya, terdapat salah faham dan kesilapan pada paparan skrin digital di pusat jualan makanan Sweden, Ikea Batu Kawan, Pulau Pinang yang menyatakan bahawa bahan bukan halal telah digunakan dalam Kottbullar.

“Kami memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa barangan makanan dimasak segar dan dijual di restoran, bistros serta pusat jualan makanan Sweden di semua stor Ikea Malaysia dengan pengesahan sijil halal Jakim.

BACA NI>  Duit Palsu Not Kecil RM20

Selain itu, premis ini tidak menggunakan daging babi dan tidak mengandungi alkohol serta dikendalikan oleh pekerja Muslim yang terlatih. Di samping itu, semua pembekal kami mempunyai sijil yang halal,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Rizal berkata, orang ramai boleh menghubungi pihak pengurusan atau menghubungi IKEA untuk sebarang pertanyaan kepada pegawai berkenaan.

Diharap semua orang boleh kongsi maklumat ini supaya tidak ada lagi kekeliruan dan keresahan di kalangan Umat Islam.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here