Orang ramai diminta supaya tidak memberi wang kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa sindiket pengemis di negara ini. Sebaliknya, segera hubungi talian kasih 15999 dan JKM akan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.
Elakkan daripada memberi secara terus kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggunakan kanak-kanak untuk mengemis kerana ia menyalahi undang-undang dan dalam isu ini, penguatkuasaan menerusi Akta Kanak-kanak Klausa 32 boleh digunakan.
Kalau kasihan, sindiket akan terus berjalan. Jadi orang awam disarankan jangan menyokong pihak tidak bertanggungjawab yang mempergunakan kanak-kanak ini.
1. Jangan beri wang kepada pengemis kanak-kanak.
2. Cuba tangkap gambar mereka. Kalau dapat, tangkapkan gambar close-up yang jelas supaya senang untuk pihak berkuasa mengenali mereka nanti.
3. Laporkan kepada pihak berkuasa, polis atau organisasi bukan kerajaan yang mengendali kes pemerdagangan orang, seperti Tenaganita. Talian 24-jam mereka adalah: 012-3350512 atau 012-3395350
4. Hubungi Talian Nur 15999