Bank Tidak Boleh Tarik Kenderaan Anda Jika…

Dapatkan berita viral setiap hari:

Dah jadi adat berhutang, sekiranya hutang tak dibayar, barang yang dibeli perlulah dipulangkan. Dalam kes pembelian kenderaan, sekiranya bayaran tidak dilakukan dalam tempoh yang dipersetujui oleh peminjam, pihak pemberi pinjaman ada hak untuk mengambil balik kenderaan tersebut.

Walaupun begitu, pihak pembeli masih mempunyai hak kerana pembayaran telah dilakukan, walaupun tidak sepenuhnya.

Proses Menarik Balik Kenderaan Di Bawah Akta Sewa Beli 1967

Pertama sekali, kita perlu tahu apabila kita membuat Perjanjian Jual Beli dengan pihak bank, kenderaan yang terlibat BUKAN MILIK KITA. Selagi hutang bank tidak dijelaskan sepenuhnya, kenderaan tersebut adalah MILIK PIHAK BANK.

Namun yang demikian, pihak bank tidak boleh sewenang-wenangnya menarik balik kenderaan kita. Terdapat beberapa proses yang perlu diikuti oleh pihak bank.

Bilakah pihak Bank boleh memulakan proses tarikbalik kenderaan anda?

Jawapannya adalah apabila terdapat kegagalan pembayaran ansuran DUA kali berturut-turut. Pihak Bank akan mengeluarkan Notis Jadual Keempat dan diserahkan ke alamat di dalam Perjanjian Jual Beli atau alamat terakhir yang anda maklumkan kepada pihak Bank.

Situasi ini terpakai sekiranya jumlah baki pinjaman belum mencapai tahap 75% dari jumlah keseluruhan jumlah pinjaman.

BACA NI>  Sarapan Atau Sahur Sihat Dengan Overnight Oats

Jika anda gagal membuat bayaran ansuran 2 kali berturut-turut dan anda telah membayar harga tunai keseluruhan kereta melebihi 75%, maka selain mengeluarkan Notis Jadual Keempat, pihak Bank akan mendapatkan Perintah dari Mahkamah.

Perlu diingat bahawa Notis Jadual Keempat memberikan tempoh 21 hari kepada anda untuk membuat penyelesaian dan selepas tamat tempoh 21 hari, sekiranya anda masih tidak menyelesaikan tunggakan, Bank hendaklah mengeluarkan Notis Niat Menarikbalik Kenderaan di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011 yang memberikan masa selama 14 hari kepada anda untuk  membuat penyelesaian.

Hanya selepas tamat tempoh 14 hari Notis Peraturan 15 itu, barulah Bank boleh mengeluarkan perintah penarikan balik kenderaan kepada Ejen Perolehan Semula (EPS).

Selepas kenderaan anda ditarik, ianya tidak akan habis disitu sahaja. Anda perlu berusaha untuk membayar jumlah tunggakan untuk membolehkan anda mendapat kembali kenderaan anda.

Pihak Bank akan mengeluarkan Notis Jadual Kelima dengan memberikan tempoh 21 hari kepada anda untuk menyelesaikan tunggakan dan/atau keseluruhan hutang.

Notis Jadual Kelima juga akan disertakan suatu notis penerimaan kereta yang ditarik yang mesti menyatakan jenis kereta yang ditarik, bila ditarik dan tempat ditarik.

BACA NI>  Elakkan Membazir Berbelanja Membeli 3 Item Ini!

Jika tamat tempoh 21 hari dan anda masih tidak menyelesaikan tunggakan dan tidak mengambil semula kenderaan, maka pihak Bank boleh melelong kenderaan anda dengan mengeluarkan Notis Lelongan dengan menyatakan tarikh, masa dan tempat lelongan yang akan dijalankan.

Anda perlu juga ingat bahawa sekiranya jumlah lelongan kereta masih tidak dapat menampung jumlah hutang pinjaman, pihak Bank berhak untuk meneruskan proceding seterusnya ke Mahkamah bagi mendapatkan lebihan hutang.

Fakta EPS (Ejen Perolehan Semula)

1) EPS tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011.

2) Semua ejen EPS hendaklah mempunyai permit yang sah yang dikeluarkan oleh Kementerian.

3) Apabila hendak menarikbalik kenderaan, EPS hendaklah:

  • mengemukakan dan menunjukkan permit yang sah
  • mengemukakan dan menunjukkan kad pengenalan
  • mengemukakan perintah pemilikan semula daripada bank atau daripada Mahkamah
  • meminta izin sebelum memasuki premis pensendirian dan berjumpa dengan anda semasa hendak menarik kenderaan

4) EPS hanya boleh menarik kenderaan dari jam 9 pagi hingga 9 malam, dan tidak boleh dibuat pada hari cuti umum.

BACA NI>  BHOPAL DISASTER- Kisah Malapetaka Pencemaran Kimia Paling Dasyat Di Dunia

5) Tindakan menarik balik kenderaan juga tidak boleh dibuat sekiranya kenderaan berada di dalam kediaman berpagar.

6) Laporan polis tidak diperlukan oleh EPS untuk menarik kereta atau selepas menarik kereta anda.

Semasa pihak EPS hendak menarik kenderaan anda, jangan panik. Anda sepatutnya sudah menjangkakan bahawa suatu hari nanti pihak Bank pasti akan menarik kenderaan anda sekiranya terdapat tunggakan.

Apa yang perlu anda buat semasa kenderaan ditarik adalah catatkan perkara-perkara berikut:

1) Nama ejen
2) Nombor permit
3) Nama dan alamat bank
4) Tempat menyimpan kenderaan yang ditarik

Penyalahgunaan Kuasa

Seringkali, masalah akan timbul semasa EPS hendak menarikbalik kenderaan anda, sama ada ketidakpatuhan di pihak anda mahupun di pihak EPS.

Sekiranya terdapat  penyalahgunaan kuasa atau berlaku kekerasan semasa proses penarikan kenderaan, anda boleh membuat aduan kepada pihak Bank atau kepada pihak Bank Negara Malaysia.

Siasatan dan tindakan akan diambil sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan Undang-Undang samada di pihak Bank mahupun di pihak EPS.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here