Bahaya Urutan Tengkuk Kedai Gunting

Dapatkan berita viral setiap hari:

Seorang lelaki india berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut kegemarannya.

Seperti mana rutin kebiasaan, selepas selesai menggunting rambut, tukang gunting akan memberi servis tambahan urutan kepala dan tengkuk.

Kebiasaanya, kepala pelanggan akan dimanipulasikan ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi “meletup” atau “crakk”.

Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, beliau mengadu sukar untuk bernafas. Mangsa di kejarkan ke hospital dengan ambulan.

Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa . Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.

Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.

Perkara ini bukan main main, urutan tengkuk yang dilakukan di kedai gunting ini boleh menyebabkan pelbagai kecederaan lain.

Urutan Tengkuk Tidak Digalakkan

Tulang tulang, sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang.

BACA NI>  Telaga Wakaf 1400 Tahun Lalu Masih Menghasilkan Pendapatan Membatu Fakir Miskin Sehingga Kini

Selain itu, urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan daa strok.

Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manipulasi tengkuk, untuk jangka masa panjang ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk.

Walaupun urutan tengkuk seperti ini mungkin mendatangkan kelegaan untuk sesetengah individu, untuk kebaikan dan keselamatan jangka masa panjang, ianya adalah amat TIDAK DIGALAKKAN.

Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal.

Contoh kes kes lain berkaitan kecederaan serius akibat urutan di tengkuk.

1. Cheong HS, Hong BY, Ko YA, Lim SH, Kim JS. Spinal cord injury incurred by neck massage. Ann Rehabil Med. 2012;36(5):708-12.

2. Ling, T. H., Bin Zakaria, A. F., & Bin Abdullah, A. T. (2017). Is neck massage safe? A rare case of tetraplegia and spinal shock after neck manipulation. Journal of Orthopaedic Surgery. https://doi.org/10.1177/2309499017690459

3. Chih-Ya Chang, Yung-Tsan Wu, Liang-Cheng Chen, Rai-Chi Chan, Shin-Tsu Chang, Shang-Lin Chiang; Massage-Induced Brachial Plexus Injury, Physical Therapy, Volume 95, Issue 1, 1 January 2015, Pages 109–116, https://doi.org/10.2522/ptj.20130487

BACA NI>  Tips Sekat Panggilan Scammer

4. Kaur J, Singla M, Singh G, et al
Frequent neck massage leading to bilateral anterior cerebral artery infarction
Case Reports 2017;2017:bcr-2017-222169.

5. Dutta G, Jagetia A, Srivastava AK, Singh D, Singh H, Saran RK. “Crick” in Neck Followed by Massage Led to Stroke: Uncommon Case of Vertebral Artery Dissection. World Neurosurg. 2018;115:41-43. doi:10.1016/J.WNEU.2018.04.008.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here