Awas Penipuan di Guangzhou!

Dapatkan berita viral setiap hari:

Perkongsian supaya orang lain lebih berhati hati semasa pergi ke Guangzhou.

­čł▓┬áJika di Plaza Borong, akan ada yang akan jerit “change money, change money”. Tolong jangan tukar duit di situ. Banyak sangat duit palsu di situ.

­čł▓┬áKalau ada yang ajak naik ke bilik kebal “go my office”, jangan ikut kalau berseorangan. Nasib tak baik dia paksa beli, kalau tak beli dia tak bagi keluar dari bilik kebal tu.

­čł▓┬áNaik teksi pastikan seorang duduk di depan. Sebelum bayar tambang teksi pastikan check dulu duit kita. Lepas bagi duit perhatikan tangan driver betul-betul. Kadang-kadang dia tukar duit palsu, dia akan mintak kita bagi duit lain, pastu dia akan ulang-ulang (Kalau ada Wechat Pay lebih baik) Download Apps Didi (Register guna kad kredit tak pun Maybank debit card)

­čł▓┬áKalau di mana-mana plaza borong jumpa org nak minta derma buat masjid, sila jangan bagi. Itu sindikit. Masjid tu tak pernah siap sejak dari 2013.

BACA NI>  Tips Jimatkan Masa Buat Nasi Dan Bubur Bayi Sekaligus

­čł▓┬áKalau jumpa orang nak jual henfon secara sorok-sorok, laptop, iPad dan sebagainya, itu jgn beli. Nanti dia swap dengan dummy set.

­čł▓┬áKalau jumpa orang jual manisan macam kuih bepang, jangan beli banyak-banyak. Kalau dia dah potong wajib beli!

­čł▓┬áNaik teksi pastikan dia pakai meter dan minta resit.

­čł▓┬áKalau di Plaza Borong ada orang minta sedekah pastikan jangan bagi banyak-banyak nanti mereka datang lagi ramai-ramai.

­čł▓┬áDi Plaza Borong juga akan ada orang jual paip air, mesin massage, mancis api dan lain-lain. Jangan beli sebab banyak barangnya kualiti tak bagus dan harganya juga mahal.

­čł▓┬áJangan tukar duit kalau rate yang dia bagi melebihi dari rate semasa. Peluang untuk dapat duit palsu adalah tinggi (contoh hari ni rate RM1.65, tiba-tiba dia bagi RM1.70)

­čł▓┬áJangan beli phone yang dijual secara “sorok-sorok”.

­čł▓┬áJika membeli barang tak banyak, check depan supplier (biar lambat asal selamat)

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here