Akhlak Rosak Seawal 13 Tahun

Akhlak Anak
Dapatkan berita viral setiap hari:

Seorang penceramah meluahkan perasaan kecewa apabila mendengar pengakuan remaja seawal 13 tahun sudah terjebak dengan perbuatan yang merosakkan akhlak.

Cerita beliau:

“Sedih saya bila baca luahan adik ini. Beliau baru berusia 13 tahun, tingkatan 1, bersekolah agama dan tinggal di asrama. Tak terjangkau dek akal, sepanjang beliau hidup, sudah melalui hal-hal semacam ini.

Bila mana adik ini meletak pornografi di awal tulisan, maka saya dah dapat agak apa yang akan berlaku kepada beliau seterusnya.

Maka, lihatlah apa yang berlaku selepas itu,

  1. Melakukan onani
  2. Meraba
  3. Melukis keadaan dirinya yang menunjukkan simbol lucah (jari tengah)
  4. Tak mandi wajib selepas melakukan onani
  5. Cium pipi kawan lelaki
  6. Hampir berperangai buruk di dalam tandas, intai kawan

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun..

Segala apa yang beliau kongsikan ini sudah pasti tidak diketahui oleh ibu dan ayahnya. Sebab itu saya tak jemu-jemu ingatkan mak ayah hati-hati bila beri anak handphone. Itulah punca utama seseorang kanak-kanak boleh terjebak dengan video lucah.

Sudahlah sikap segelintir mak ayah yang tak peduli apa yang anak lihat, main dan tonton. Yang penting, kau jangan kacau aku.

Satu kisah ini signifikan kepada kita semua. Ia akan berkait rapat dengan anak-anak kita pula. Bayangkan adik ini yang tinggal di asrama, apa yang dia boleh lakukan terhadap kawannya yang lain? Jangka mak ayah okeylah anaknya. Ya lah, belajar sekolah agama kot.

Sebab itu saya selalu sebut kepada pelajar di sekolah, kalau ada seorang je kawan kita dalam kelas pernah tengok porn, dia akan rosakkan kawan-kawannya yang lain. Dia akan share di wassap group, dia akan masukkan kita dalam group lucah, dia akan ajar kat mana nak cari video ni dan lebih parah dia akan ajak untuk melalukan aksi seperti yang terpapar dalam video porn, walau lelaki sama lelaki.

Apa yang kita boleh lakukan?

1. Jangan hanya fokus pada anak perempuan untuk jaga maruah diri. Anak lelaki ini haruslah disampaikan hal-hal seperti ini, sedari kecil. Lagipun pengalaman saya sebelum ini, ada je yang terjebak dengan porn semenjak pra sekolah.

2. Mak ayah wajib sampaikan tentang fungsi kemaluan anak lelaki, zakarnya, testisnya, benih yang akan dikeluarkan, soal akil baligh dan keburukan pornografi hingga membentuk remaja yang makin jauh dengan Tuhan.

3. Anak yang dah nak remaja ni, layanlah mereka seperti kawan-kawan. Bila kita treat mereka as a friend, percayalah cakap saya, apa jua rahsia anak akan kongsikan. Tertengok porn? Mereka akan bagi tahu. Ada kawan share video lucah? Mereka akan bagi tahu. Ada kawan buat hal tak elok di sekolah? Mereka akan bagi tahu. Kuncinya adalah,

TALK NOW, PROTECT ALWAYS!

Jika kalian sayangkan anak-anak, tag pasangan dan rakan-rakan kalian yang lain ya. Biar ramai lagi dapat baca perkongsian ini.”

Komen Facebook
BACA NI>  Cuti Sekolah Berperingkat Untuk Mengawal Kesesakan
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here