Anda disarankan untuk tidak meninggalkan barang-barang yang disenaraikan di bawah ini di dalam kereta anda kerana boleh mengundang bahaya. Yang terakhir sekali tu paling penting!

1. Makanan dan Minuman

Terdapat bungkusan dan pek makanan yang tidak tahan panas dan terik cahaya matahari. Suhu di dalam kereta boleh mencapai sehingga 70°C jika kenderaan diletak di kawasan terik.

Ada pek yang mungkin terurai pada suhu ini dan bahan kimianya akan mencemari makanan dan minuman. Elakkan memakan makanan dan minuman yang terbiar di dalam kereta walaupun pek bungkusannya belum dibuka.

2. Ubat-Ubatan

Kebanyakan ubat perlu disimpan pada suhu 25°C atau lebih rendah. Malah ada yang perlu disimpan pada suhu di bawah 8°C iaitu di dalam peti sejuk. Jika melebihi suhu berkenaan, masa ia akan rosak.

Ada juga ubat perlu di simpan dalam tempat yang gelap, kerana ia akan rosak jika terkena cahaya matahari. Makan ubat-ubatan yang telah rosak boleh menjejaskan kesihatan.

3. Gajet Berbateri

Apa sahaja gajet yang menggunakan bateri lithium ion seperti telefon bimbit, komputer riba, tablet, atau peranti penyimpan tenaga seperti powerbank, berisiko meledak jika ditinggalkan di dalam kereta yang panas.

BACA NI>  10 Penginapan Bajet Murah Sekitar Pulau Langkawi

Ledakan bateri berkenaan boleh menyebabkan kebakaran berlaku di dalam kereta anda. Selain risiko meledak dan terbakar, gajet yang ditinggalkan di dalam kereta sering menjadi sasaran pencuri.

4. Tin Aerosol Spray

Tin aerosol/spray seperti spray dandanan rambut, spray racun serangga, spray pewangi dan ubat inhaler mengandungi udara yang dimampatkan di dalamnya dan ia mempunyai tekanan yang tinggi.

Apabila ditinggalkan di dalam kereta yang panas, molekul udara dalam tin akan mengembang, lalu meningkatkan lagi tekanan di dalamnya. Hal itu boleh menyebabkan tin berkenaan meletup.

5. Ubat Gegat dan Racun

Apa jua bahan beracun tidak digalakkan untuk ditinggalkan di dalam kereta, terutamanya yang mudah meruap seperti ubat gegat, racun rumpai dan sebagainya. Apabila panas, bahan-bahan ini lebih cepat meruap.

Bila anda masuk ke dalam kereta, anda akan menghidu udara yang dicemari racun yang telah meruap tadi. Hal ini boleh menjejaskan kesihatan tanpa disedari.

6. Pemetik Api

Biasanya perokok mempunyai lebih daripada satu pemetik api, dan lazimnya ada satu disimpan di dalam kereta. Pemetik api mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta yang panas!

BACA NI>  Perlindungan Peril Khas Untuk Bencana Alam

7. Petrol Simpanan

Ada juga pemandu yang menyimpan simpanan petrol di dalam kereta. Mungkin ia tidak akan terbakar tiba-tiba, tetapi dalam situasi kemalangan, petrol boleh tumpah pada pemandu dan penumpang.

8. Anak!

Jangan sekali-kali meninggalkan anak di dalam kereta sendirian walaupun enjin tidak dimatikan, apatah lagi jika enjin dimatikan. Kebanyakan kes berlaku kerana penjaga terlupa bahawa anak masih di dalam kereta.

Kedengaran mustahil, tetapi kes-kes seperti ini berlaku setiap tahun, dan ia melibatkan kematian. Mangsa yang lazimnya kanak-kanak, meninggal dunia disebabkan lemas dan strok haba.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Komen Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here