Kalau Tak Nak Kena Penjara, Jangan Buat 5 Perkara Ini Ketika Memasuki Thailand

Dapatkan berita viral setiap hari:

Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla, Thailand baru-baru ini melancarkan Kempen Kesedaran mengandungi lima peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh pelancong Malaysia yang ingin memasuki negara jiran itu.

Kesemua peraturan dan undang-undang itu membabitkan penunggang motosikal dan pemandu kenderaan Malaysia yang bertujuan bagi mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan termasuk dipenjara di Thailand.

Lima peraturan itu termasuklah:

  1. Tidak dibenarkan menghisap rokok elektronik atau vape – Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih 10 tahun atau denda THB500,000 (RM64,000).
  2. Tidak dibenarkan merokok di pantai popular – Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih setahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya.
  3. Tidak dibenarkan menggunakan walkie-talkie – Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih lima tahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya.
  4. Tidak mendaftarkan kenderaan yang dibawa masuk – Sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak lebih 10 tahun atau denda empat kali ganda nilai kenderaan atau kedua-duanya dan kenderaan dirampas.
  5. Digalakkan membeli insurans perlindungan kenderaan.
BACA NI>  Tips Kurangkan Risiko Menjadi Mangsa Penjenayah Siber

Rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Thailand diingatkan agar tidak melanggar peraturan tersebut.

Komen Facebook
Dapatkan berita viral setiap hari:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here